Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

03 January 2011

RAGAM HARI PERTAMA

Hari ini sesi persekolahan bagi tahun ini bermula. Pelajar seawal 7 tahun mula bersekolah secara rasmi untuk memasuki darjah 1. Ada juga kalangan ibu-bapa yang mula menghantar anak mereka seawal usia 4 tahun.

Seperti biasa juga semua sekolah terutamanya sekolah tadika dan sekolah rendah mengalami kesesakan luar biasa pagi tadi. Ada kalangan ibu-bapa yang memohon cuti bagi memastikan proses penghantaran anak ke sekolah tidak terganggu. Ada juga sekolah yang terpaksa menyediakan kawasan khas di sekolah bagi memastikan ibu-bapa tidak 'menganggu' hari pertama persekolahan anak mereka.

Tersentuh juga hati melihat ragam anak-anak ini... namun tidak terbanding bila mengenangkan seorang sahabat yang sudah 'bersekolah' semenjak jumaat lalu walaupun Perdana Menteri menberikan cuti umum sempena kemenangan skuad Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF tempohari. Menariknya terkenangkan nostalgia lalu...

'Dulu, bila suruh sekolah engkau lari. Sekarang ni PM beri cuti kau sibuk pula nak sekolah...'    

Berbagai ragam pelajar dapat dilihat. Terima kasih kepada para sahabat yang sedia 'meminjamkan' gambar anak mereka di sini.















 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...