Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 March 2011

Pakaian Seksi : Miera Liyana Janji Tak Buat Lagi...!


gambar seksi miera liyana
Susulan kesilapan mengenakan pakaian yang terdedah dan seksi, Miera Liyana telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cara pemakaiannya. Berikut ialah permohonan maaf Miera Liyana.
Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama
Kepada Miera Liyana, tahniah kerana mengakui kesilapan anda... 

Miera Liyana kemudiannya muncul kembali dengan kenyataan balas dari isu kontroversi pakaiannya di satu majlis baru-baru ni.
“Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,
Perhalusi kenyataan Miera Liyana ni betul-betul...  entahlah. Mohon kerajaan keluarkan je garis panduan etika berpakaian untuk artis-artis ni. Mungkin dengan kewujudannya mampu membantu artis Malaysia dalam etika berpakaian yang sesuai dengan kehendak serta sensitiviti masyarakat. 


Almaklumlah artis ni selalunya sibuk sehinggakan tidak sempat nak mencuba baju... dapat je terus pakai untuk ke majlis. Dengan adanya garis panduan juga nanti memudahkan artis ni, yelah walau tahu hukum hakam tapi pasti dapat membantu karyawan kita.


Lagi satu ingatan buat Rakyat Malaysia, jangan lah kita menilai seseorang tu dari pakaiannya. Walau seksi mana sekalipun, kalau tidak mengetahui hati budi mereka serta perilaku mereka janganlah terus kita mengkritik.


........? 

 

7 comments:

  1. tu diaaaa....memang seksi la..kalau kat blog bro fairus ada gak disensord. memang seksi la cik kak oiiiii....!
    tentang garis panduan tu..rasanya kalau ada adakah akan dipatuhi,sekarang pon islam dah letak garis panduan berpakaian mana aurat mana tidak.lengkap!!ramai gak yang hentam pakai.
    memang kita tak leh judge seseorang tu dari segi pakaian. tapi dari segi pemakaian tu akan menggambarkan diri seseorang tu terutama yang tak kenal.

    ReplyDelete
  2. ape punya statement daa...Memang betul hanya tuhan saja yg berhak mengadili semua mahkluk.nak tengok hati budi apelagi kalau dah kat luar macam tu,BODOH punye artis.kata tahu hukum hakam tapi buat,hape punye benggong la artis sekarang!

    ReplyDelete
  3. beginilah kalau artis tanpa pengetahuan buat statement... macam hampeh je bro! dgn penjelasan dia tu bukannya menutup tapi mendedahkan lebih besar lagi kebodohan diri. wallahualam....

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum semua..
    mintak maaf..sekadar berkongsi..
    setakat yang saya pelajari agama islam juga menggariskan adab dan sopan dalam menegur sesuatu kesalahan.
    apa yang saya baca komen2 di atas..seperti anda meletakkan cermin di depan anda..
    saya tidak menyokong mana2 pihak..
    cuma sebelum kita berniat menegur atau memperbetul orang lain..perbaiki diri kita dahulu..
    kepada artis..tahniah kerana anda akhirnya mahu memperbaiki diri sendiri..semoga Allah membuka jalan kebaikan untuk kamu dan juga untuk kita semua.

    salam.

    anonymous 2

    ReplyDelete
  5. untuk komen yang tidak bernama...

    “Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.

    “Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,“

    Apakah benar beliau tahu hukum hakam Islam? Apakah ini pakaian sepatutnya untuk seorang yang tahu hukum hakam Islam? Saya puji jika beliau sekadar meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi lagi, tetapi kenyataan keduanya membuatkan saya terpanggil untuk membuat komentar kerana berasakan seolah-olah penghinaan buat Islam. Kalau dah tahu hukum hakam Islam kenapa perlu buat?

    Pendedahan yang dibuat sekadar untuk menyedarkan bukannya mengadili beliau bro... siapalah kami untuk mengadili beliau

    Perlukah untuk kami mengenali beliau terlebih dahulu sebelum boleh menegur perlakuan beliau? erm.... macam2 perangai.
    wallahu alam

    ReplyDelete
  6. pakai seksi ketiak hitam. exotic tahap maksima.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...