Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 January 2011

Lee Chong Wei Juarai Terbuka Malaysia 2011




Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi. 


Chong Wei hanya mengambil masa 36 minit untuk memenangi perlawanan yang merangkul hadiah AS$30,000 (RM91,800). Gambar TheStar

Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan itu ialah pada 2004 dan hanya sekali gelaran terlucut daripada genggamannya pada 2007.

Pemain nombor satu dunia itu semakin menghampiri rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lapan kali sejak diperkenalkan pada 1937.

Sebelum ini Taufik terlebih dulu menempah tiket ke final menerusi kemenangan 21-15, 21-19 ke atas rakan senegaranya, Simon Santoso dalam tempoh 49 minit.



Tahniah buat Chong Wei... semoga akan terus melakar kejayaan demi kejayaan...!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...