Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan catatan yang terdapat pada Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Kalau mengikut catatan di dalam Sulalatus-Salatin, terdapat beberapa binaan lagi yang mengapit bangunan utama istana ini termasuk masjid serta balai rong seri.
Binaan asalnya dikatakan didirikan tanpa menggunakan paku... setiap struktur diikat menggunakan sistem pasak dan tanggam sahaja.
Di dalam muzium ini kita boleh menyaksikan Diorama Balai Rong Seri di mana tempat bersidangnya Sultan Melaka suatu masa dulu. singgahsana Sultan yang mempunyai atap bertingkat tujuh, malah sultan juga ditempatkan di kedudukan ke tujuh iaitu yang tertinggi di dalam Balai Rong Seri ini.
Di tingkat berikutnya kita boleh menyaksikan Bilik Beradu Sultan. Menariknya diorama Tun Kudu juga digambarkan di tingkat atas. Tun Kudu...? satu watak dalam sejarah yang kurang popular tetapi memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keutuhan empayar Kesultanan Melaka...
Ingin tahu lebih lanjut?... elok kunjungi sendiri muzium ini. Pastinya anda akan terpesona dengan keindahan senibinanya serta bersemangat setelah mengetahui kehebatan empayar Kesultanan Melayu Melaka....
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka sekali pndang je hati dh tertarik nk msuk n nk tgk ape yg ada di dalam nye.. :)
ReplyDeleteCantiknya muzium ni.. :)
ReplyDeletesgt mnarik...blh g nti
ReplyDeleteada aircond lg...haha
ReplyDeletemelaka kat mane
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteboleh saya tanya siapa pemilik istana kesultanan melaka ini.
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Delete