Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 November 2015

PROKSI-PROKSI Amerika di Malaysia?


 PADA 27 April 2014 yang lalu, Obama telah berjumpa khusus dengan 10 wakil pertubuhan sivil. Anda boleh lihat gambar di atas, siapa yang Obama telah berjumpa? Ada wajah yang anda kenal?




Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.

Dua wakil Kristian telah diundang iaitu Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM). Dua lagi pertubuhan lain yang hadir pada malam itu ialah Suhakam dan Majlis Peguam.

SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Honey Tan, ketua Comango, juga hadir dalam perjumpaan terbabit. Masih ingatkah lagi kita akan tuntutan-tuntutan COMANGO?


Maria Chin Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Bersih 2.0 juga hadir bertemu dengan Obama. Tidak mengapalah kerana kita sedia maklum Bersih 2.o memang menerima dana daripada Amerika Syarikat.
Ambiga bekas pengerusi BERSIH mengaku menerima dana NDI dan OSI (The Malaysian Insider 27 Jun 2011)

Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.
Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika. Seperti contoh, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO. Mari kita lihat, website NED (National Endowment For Democracy) bagi sesi 2014 untuk memberi justifikasi atas pernyataan saya di atas.  Ini baru tahun 2014, tak tengok lagi tahun-tahun sebelumnya.

Oh, sebelum itu anda perlu tahu apa itu NED (National Endowment for Democracy). Demi melaksanakan hasrat Amerika Syarikat (AS) menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.
Tahun ini pula. Obama sekali lagi bertemu dengan wakil-wakil pertubuhan sivil ini dalam satu perjumpaan tertutup.
Antara yang hadir adalah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Tak lari ke mana.
Wakil-wakil Malaysia yang lain di mesyuarat itu termasuk Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.
Pegawai AS hadir ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.
Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Kalau kita lihat, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Lihat sahajalah kenyataan-kenyataan mereka di media.
Berlambak.
Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.
Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan sampai Obama sendiri tanpa ragu, boleh face to face menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.
Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.
Mereka dah menyerang kita daripada segenap sudut. Tak kan kita masih tak perasan lagi?
Asyraf Farique
Ketua Editor Focus
Artikel ini telah disiarkan di laman web focuss.my
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, dan juga tidak mewakili pandangan rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

* dipetik sepenuhnya dari www.ismaweb.net 

Anda ingat lagi bagaimanakah Empayar Kesultanan Melayu Melaka musnah? Bukan kerana kekuatan senjata tetapi sebab utamanya adalah dirosakkan dari dalam. 
Apa pandangan anda dengan pertubuhan mahupun individu yang bekerjasama dengan musuh anda yang nyata? Awas...! kita sebenarnya sedang mengulangi semula sejarah lampau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...