Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

25 January 2011

Interlok pasti dijadikan isu di Tenang dan Merlimau


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S.Subramaniam (gambar) menafikan dakwaan beliau telah mengkompromikan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada menjadi buku teks pelajar Tingkatan Lima.

“Menerusi semua perbincangan kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan

pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata beliau berulang kali menegaskan pada mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik serta tidak digunakan sebagai buku teks sastera.

“Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin yang disebarkan berhubung perkara itu,” katanya.

Semalam, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai formula bagi menyelesaikan isu novel Interlok dan akan berbincang dengan pemimpin MIC tidak lama lagi.

Kaum India di Malaysia telah membantah penggunaan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks bagi mata pelajaran Sejarah Melayu Tingkatan Lima, kerana mendakwa ia mengandungi kenyataan yang tidak tepat dan menghina masyarakat berkenaan. 

- sumber Bernama


Eloklah kaum India terima hakikat dn mengakui apa yang tertulis dalam Interlok tu. Bukannya baru pun buku tu tapi dah makan tahun dah! Bukan satu penghinaan tetapi sekadar mengingatkan... 

Kedang-kadang terpaksa juga ditelan walaupun pahit. Jadikan ianya sebagai pencetus semangat dan membuktikan bahawa Kaum India mampu berubah. Sebenarnya tiada apa pun sangat yang boleh membuatkan mereka terguris tetapi kalau isu macam ni pun hendak dipolitikkan alamatnya makin hancur la jawapnya nanti.

Kerajaan perlu bersikap tegas mulai sekarang. Memang betul isu yang melibatkan perkauman harus ditangani dengan teliti namun jangan sampai membiarkan rakyat mengatakan kerajaan lemah dan sentiasa tunduk pada tekanan...  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...