Beliau mendakwa hal itu sengaja dilakukan untuk tujuan mempromosikan filem tersebut.
'Di sini saya ingin menjelaskan bahawa tersebarnya video itu hanya untuk mempromosi filem dan bukan daripada saya,' ujarnya ketika ditemui di Tebet, Jakarta Selatan, kelmarin.
'Dalam adegan itu, sepatutnya saya sedang mandi apabila tiba-tiba ada syaitan yang menyiram darah ke badan saya, tetapi adegan itu sudah dipotong,' katanya.
Aida menganggap penyebaran video adegan mandi itu sengaja dilakukan pihak penerbitan filem untuk tujuan promosi.
'Saya menduga mereka yang terbabit dengan penerbitan filem itu yang menyebarkan video adegan berkenaan kerana ketika penggambaran cuma ada jurukamera, pengarah dan kru pakaian,' jelasnya.
'Saya tidak mengesyaki sesiapa tetapi pasti memang 'orang dalam' yang bertanggungjawab menyebarkan video itu,' katanya lagi.
Aida sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ulama Zainuddin MZ merogolnya ketika beliau berusia 16 tahun.
*di petik dari Agensi melaui Kelab Greenboc
No comments:
Post a Comment