Crop Circle seringkali dikaitkan dengan kehadiran UFO (Unidentified Flying Object ). Crop Circle juga biasanya berada di suatu kawasan yang luas, (biasanya padang rumput, ladang gandum, sawah padi dsb). Persoalannya, kenapa di kawasan ini? kenapa tidak di ladang sawit atau getah? Mungkin bagi memudahkan pendaratan UFO ataupun memudahkan orang ramai melihat corak-corak yang terhasil.
Crop Circle adalah lingkaran tanaman yang membentuk pola-pola unik dan menghasilkan pemandangan yang menarik. Pola-pola misteri ini biasanya dikesan terjadi waktu malam. Crop Circle pertama kalinya dikesan terjadi di Britain pada tahun 1970 dengan rekabentuk yang kurang menarik berbanding sekarang yang agak rumit dan menarik dengan keluasan yang bertambah.
Pengkaji fenomena lingkaran tanaman ini dikenali sebagai “cerealogy”, dan ilmu yang mempelajari fenomena ini disebut dengan cereaolog yang kemudiannya dikembangkan istilah baru untuk fenomena ini iaitu agriglif. Fenomena “lingkaran tanaman” sering dikaitkan dengan isu UFO atau makhluk luar angkasa. (wikipedia)
Ramai pihak yang mempertikaikan crop circle serta mendakwa ianya dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tanpa tujuan yang tidak dapat dipastikan. Terpulanglah kepada kita semua untuk mempercayainya. Disertakan teknik yang dilakukan bagi menghasilkan crop circle ini....
No comments:
Post a Comment