Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

31 March 2011

(18sx) Saiz Zakar mengikut Ranking Dunia



Siapa sangka ada ranking untuk saiz zakar global. Saya tidak pasti kesahihannya.

Namun menurut laporan ANI, negara yang menduduki tangga teratas ialah Republik Demokratik Congo, dengan saiz purata zakar lelakinya sekitar 7.1 inci atau 18sm (dakwaan sendiri).

Tempat kedua senarai ini ialah

30 March 2011

11 Maut Banjir di Thailand




Banjir di Thailand Selatan telah mengorbankan 11 orang mangsa dengan ribuan yang lain telantar. Mereka ynag terkorban samada dibawa air pasang atau terkubur dalam longsor ketika banjir menggenangi rumah-rumah dan kawasan perniagaan.

Penduduk terbiar tanpa elektrik di beberapa daerah, manakala

Tarian Poco-poco HARAM!


Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco (kini popular sebagai satu senaman) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat bawah ni.

Bagaimana nasib poco-poco di Malaysia seterusnya? Apa komen Majlis Fatwa

Kemunculan SIMBOL baru...! Konspirasi Dunia atau Satu Kebetulan?


klcc
Korang nampak tak apa yang Abang Nara nampak? Nampak tak kat bahagian atas menara KLCC tue ada satu simbol? Korang nampak tak? Memula Abang Nara ingatkan mungkin gumpalan awan. So Abang Nara rileks je la tak fikir apa-apa pun. Namun begitu apabila mak Abang Nara bawak balik ikan yang

29 March 2011

Senarai Pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9)

SENARAI PELAJAR AF9
Pihak Akademi Fantasia telahpun mengumumkan 12 pelajar yang akan beraksi di pentas Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) yang juga merupakan musim terakhir Akademi Fantasia kerana selepas tamatnya AF9 ini, tiada lagi Akademi Fantasia. Maksudnya, tiada AF10 apatah lagi AF11.
Baiklah, berikut adalah senarai pelajar AF9:

Pelajar Lelaki:
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Ahmad Aliff Afif Bin Tirmizie
Nama Afundi: AFIF
Asal: Selangor
Umur: 25 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Mohamad Amirullah B. Jahari
Nama Afundi: AMIR
Asal: Sarawak
Umur: 19 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Mohamad Azri B. Abdullah
Nama Afundi: AZRI
Asal: Selangor
Umur: 24 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Khairul Najmuddin Bin Abu Samah
Nama Afundi: ERUL
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 20 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nur Khaidir B. Muhid
Nama Afundi: KAY
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Fahrur Raqib B. Abdul Majid
Nama Afundi: RAQIB
Asal: Melaka
Umur: 21 tahun
Pelajar Wanita
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Nuratiqah Shariffudin
Nama Afundi: EKA
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 22 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Lenaber Binti Hadir
Nama Afundi: LENA
Asal: Sabah
Umur: 21 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Roshammizah Rosli
Nama Afundi: MIZA
Asal: Selangor
Umur: 27 tahun
PELAJAR AF9
Nama Sebenar: Queennera Francine Francis Kitingon
Nama Afundi: NERA
Asal: Sabah
Umur: 19 tahun

Senarai pelajar dah tahu, jadi sama-sama kita saksikan sejauh mana kehebatan vokal mereka pada konsert pengenalan yang akan berlangsung pada 2 April nanti sekaligus mengetahui siapakah pengetua Akademi Fantasia 9. Anda rasa, siapakah pengetua AF untuk musim yang terakhir ini?

Psstt: Kami ada dengar ura-ura mengatakan bahawa pengetua AF9 ni adalah Dato’ Siti Nurhaliza. Ntah betul atau tidak, sama-sama kita nantikan.

* dipetik dari zonartis.com

28 March 2011

Video Terkini Japan Tsunami II - Kesennuma Bay



Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 km sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.


Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.


Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.




Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.


Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini.



Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain.



Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.

26 March 2011

Teringin Berjiran Dengan Wanita Pelik...?



Seorang wanita kelihatan menghantar/mengucapkan selamat jalan kepada suami/teman lelakinya yang mahu pergi bekerja/ke sesuatu tempat. Biasalah!



Wanita ini melambaikan tangan ke arah suami/teman lelakinya itu. Biasalah!


Wanita itu perasan jirannya sedang merakamkan momen tersebut. Dia merenung tajam ke arah jirannya itu. Mungkin perbuatan "skodeng" sambil merakamkan momen tadi mengundang ketidakpuasan hati wanita ini. Biasalah!

Wanita itu kelihatan seolah-olah membetulkan baju tidurnya. Dia mungkin berasa malu kerana dirinya sedang dirakam oleh jirannya. Biasalah!

Tetapi yang luar biasanyalah apabila wanita itu bertindak menayangkan buah dadanya kepada lelaki yang merakamkan perlakuan dirinya sejak mula-mula tadi. Sungguh luar biasa! Gila!

* dipetik dari duniacacamarba.com


p/s : blogwalking dan terjumpa artikel ni. rasanya dah beberapa tahun dulu dah heboh tapi elok juga rasanya kalau dikeluarkan semula. Tergelak melihat gelagat manusia sekarang ni...

25 March 2011

Sayangi Alam Sekitar, sertai Earth Hour...


Earth Hour merupakan satu kempen antarabangsa yang dipopularkan World Wild Fund For Nature (WWF). Sabtu terakhir Bulan Mac setiap tahun dipilih sebagai hari perlaksanaannya. Objektif kempen ini dilaksanakan ialah bagi melahirkan kesedaran kepada orang ramai tentang perubahan iklim dunia. Kempen Earth Hour dimulakan dengan mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan ke atas semua bangunan kediaman dan pejabat  selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Acara ini ditafsirkan sebagai tokenisme dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhan. Perlu diketahui bahawa Earth Hour adalah sama dengan Earth Day Energy Fast, sejak 1991 hingga 2007 yang mana tidak menggunakan tenaga buatan setiap Earth Day. Earth Day Energy Fast ditutup tahun 2008 sejak pengasas kempennya menyatakan "sudah terlambat" agar kempennya ini memperoleh kesan yang bererti.

Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air lauttenaga hijau dari sumber seperti tenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.

bersama kita menyumbang ke arah dunia yang lebih aman... walaupun kuasa-kuasa besar dunia lainnya berpura-pura menyayangi dunia ini sedangkan dalam masa yang sama menyumbang kerosakan besar kepada alam sekitar...

Gadis Kelantan Cuba Bunuh Diri (Gambar dan Video)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kota Bharu – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. 
 
- dipetik dari kosmo


Jatuh atas tilam

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.


Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.

- dipetik dari harian metro

PEGANG...anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.

MERONTA...gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.

TERLEPAS...gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.

DISELAMATKAN...gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.



 

 

24 March 2011

Wajah Syaitan...?


Gambar ini dikatakan diambil secara tidak sengaja di Gua Hira'. Apakah benar inilah wajah syaitan...?



Benarkah ini wajah jin atau syaitan yang ditemui di dalam salah satu tempat bersejarah?.






















Terima kasih kepada journalist Turki ALI MURAT GUVEN.


Dear brother, I am a Muslim-Turkish journalist from Istanbul. I am mailing you the true story of famous "faked" jinn picture on the net. I catched this famous cave monster from his leg in a show cave near Bristol-England! It is NOT the satan, or jinn, or another bizzare thing. It is only a silly sculpture made by hard-plastic for only touristic attraction and fun. The Muslim world believes this silly joke for years. I was researching the backside of this internet myth for one year and I arrived the truth last December.

-ALI MURAT GUVEN-

Kejadian Ngeri : Apabila Kren Terbalik

GAMBAR-GAMBAR NGERI


GAMBAR-GAMBAR NGERI
GAMBAR-GAMBAR NGERI
GAMBAR-GAMBAR NGERI
GAMBAR-GAMBAR NGERI
GAMBAR-GAMBAR NGERI

Peristiwa ini berkemungkinan berlaku di Johor berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang tertera. Entah lah, apa pun berhati-hati semasa melaksanakan sesuatu perkara. Jangan biar kejadian seperti ini berlaku kepada anda...

* dipetik dari zonbebas.com

23 March 2011

Pakaian Seksi : Miera Liyana Janji Tak Buat Lagi...!


gambar seksi miera liyana
Susulan kesilapan mengenakan pakaian yang terdedah dan seksi, Miera Liyana telah memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan cara pemakaiannya. Berikut ialah permohonan maaf Miera Liyana.
Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi. Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini. Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang. Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama
Kepada Miera Liyana, tahniah kerana mengakui kesilapan anda... 

Miera Liyana kemudiannya muncul kembali dengan kenyataan balas dari isu kontroversi pakaiannya di satu majlis baru-baru ni.
“Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam”.
“Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik,
Perhalusi kenyataan Miera Liyana ni betul-betul...  entahlah. Mohon kerajaan keluarkan je garis panduan etika berpakaian untuk artis-artis ni. Mungkin dengan kewujudannya mampu membantu artis Malaysia dalam etika berpakaian yang sesuai dengan kehendak serta sensitiviti masyarakat. 


Almaklumlah artis ni selalunya sibuk sehinggakan tidak sempat nak mencuba baju... dapat je terus pakai untuk ke majlis. Dengan adanya garis panduan juga nanti memudahkan artis ni, yelah walau tahu hukum hakam tapi pasti dapat membantu karyawan kita.


Lagi satu ingatan buat Rakyat Malaysia, jangan lah kita menilai seseorang tu dari pakaiannya. Walau seksi mana sekalipun, kalau tidak mengetahui hati budi mereka serta perilaku mereka janganlah terus kita mengkritik.


........? 

 

21 March 2011

Pameran Alat Sulit pun ada...? Hampeh Betul!


Mengubah persepsi tentang tubuh perempuan di seluruh dunia melalui seni, itu idea di sebalik pameran luar biasa ketika ini yang berlangsung di Brighton. oleh Jamie McCartney. 



Pameran itu mempamerkan alat sulit 400 wanita dari 20 negara yang berusia 18 hingga 76 tahun...



klik untuk ZooM






* dipetik dari blogpenyamun.com



Begitulah hebatnya permainan dunia barat yang didominasi oleh Yahudi... sampaikan benda yang tak sepatutnya pun dijadikan koleksi pameran. Harap-harap jangan sampai ada muzium-muzium atau balai seni lukis di Malaysia yang cuba membawa pameran ni ke Malaysia...!

19 March 2011

Kamelia Katrina tampil Imej Seksi Melampau



Saat ditanya jika tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

Elok la tu Miera... memang lain sangat nampak pakaian macam tu! apa komen anda? perlukah artis macam ni dibiarkan untuk terus mewarnai dunia hiburan di Malaysia?

Dulu artis lelaki berambut panjang kita paksa mereka potong rambut, artis berbogel kita gam mereka. Elok sangat juga kalau kerajaan serta masyarakat gam juga artis-artis yang berpakaian menjolok mata sebegini bagi memelihara imej serta maruah rakyat Malaysia.

* dipetik dari ikutsukaaku-isa 

18 March 2011

Kemunculan Dajjal Hampir Tiba...!

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), 
 
“.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. 
 
Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering’..............” (Riwayat Muslim)

Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. 

Di zaman Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam. 

Di sini letaknya tasik Galilee

Terpengaruh Akibat FairusDotCom

Nuffnang Ads
fairus.com


semua ini angkara fairusdotcom... gara-gara syarat yang agak ketat membuatkan aku tunduk pada keadaan. ternyata berpengaruh jugak mamat fairus ni kan?

tapi aku ubah entry kasi lagi gempak! harap-harap penyertaan aku tidak melanggar syarat dan diterima dengan senang hati... 


Isteri Curang dengan Teman Sendiri

Suami malang.
ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.
 * dipetik dari Sinar Harian

17 March 2011

Botol Susu PolyCarbonate Bahaya

Belum terlambat rasanya untuk kami memaklumkan kepada para ibu dan juga bakal ibu supaya tidak membeli atau menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.
Menurut kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER


BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
Pic: PUADEDE.COM
Dalam hal ini, sebagai pengguna, anda boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sebagai rujukan:
BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
Sila share artikel ini jika anda prihatin.

* dipetik dari zonbebas.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...