KUALA
LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal
Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan
pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas
isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah
masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini
dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27,
apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini
perhubungan cinta mereka.
Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini
didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan
Jejai dan Fasha.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai
status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak
betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam
bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis
berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis
yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.
“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan
(saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga
saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.
Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.
“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang
mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang
baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah
pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.
Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan
cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan
atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.
*sumber Harian Metro
TAKPE FASHA.. ABG ADA.. :p
ReplyDeleteabang tak de helikopter...
ReplyDelete