Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

06 May 2012

Rahsia Yahudi dan khasiat SERAI


Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.



Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”

Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama seraidan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.

Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. 

Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Eropah pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam di dalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan perniagaan tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

* dipetik dari www.laleva.org

Serai merupakan tanaman yang paling mudah di tanam di halaman rumah kerana pelbagai kegunaannya dalam masakan Melayu dan Indonesia. Nama saintifiknya Cymbopogon citratus dan tergolong dalam kumpulan Graminae dari keluarga rumput yang mempunyai aroma yang kuat dan wangi. Serai tumbuh dalam satu rumpun yang lebat. Ia membiak dengan pecahan rizom dengan kadar pertumbuhan yang cepat. Serai mempunyai batang berwarna putih. sesetengah variasi mempunyai batang yang berwarna putih keunguan atau kemerahan.Daunnya berbentuk tirus dengan panjangnya lebih kurang 50 hingga 100 cm dan lebarnya lebih kurang 2 cm.Walaupun serai boleh mengeluarkan bunga namun di Malaysia ia sangat jarang dijumpai mengeluarkan bunga. 

Serai banyak digunakan dalam masakan Melayu , Indonesia dan Thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun.Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 %. Antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol,geraniol,sitronelal,sitronenol,farnesol,farnesal, limonena dan nerol. 

Sama-sama kita mengharapkan agar serai dijadikan minuman yang mudah didapati di kebanyakan restoran dan warung di Malaysia dan Indonesia bagi memanfaatkan khasiatnya kepada semua. Amat malang kita sebagai negara yang paling mudah ditemui namun penggunaannya amat terhad di dalam masakan dan perubatan sahaja tidak sebagai minuman harian yang berkhasiat.

19 April 2012

MELAYU tertipu dengan PERIBAHASA sendiri...

"HARAPKAN PAGAR... PAGAR MAKAN PADI" - inilah peribahasa yang kita sedia maklum semenjak sekian lama. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang minda kita tertanam dengan ungkapan ini. Maksud disebalik peribahasa ini ialah seseorang yang kita harapkan berpaling atau melakukan khianat kepada kita.

Sememangnya indah peribahasa Melayu yang diperturunkan dari generasi ke generasi ini. Seharusnya warisan ini kita hayati dan pelihara selamanya... namun sejauh manakah kita memahami ungkapan peribahasa tersebut?
Apakah pernah kita menemui spesis yang dinamakan PAGAR ini yang memakan padi? Adakah ianya sejenis serangga ataupun reptilia yang sememangnya gemarkan padi. Kita mungkin membayangkan betapa sawah padi kita dipagari malangnya pagar kita merosakkan padi sendiri? Apakah kita pernah melihat sawah padi di kelilingi pagar di mana-mana tempat dalam negara kita?

Amat malang kita selama ini TERTIPU dan TERPEDAYA dengan peribahasa kita sendiri. Peribahasa yang sebenarnya adalah "HARAPKAN PEGAR... PEGAR MAKAN PADI"!  

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan PEGAR ialah sejenis burung ataupun burung tatera atau nama saintifiknya Lophura Ignita. Kita mengenalinya sebagai Ayam Pegar.

Jadi selama ini kita terpedaya! Kesilapan terjadi adalah disebabkan kesilapan mentafsir ejaan Jawi kepada Rumi suatu masa dulu. Beginilah besarnya malapetaka yang melanda masyarakat apabila kesilapan mentafsir yang mungkin dilakukan oleh sekelompok profesional suatu ketika dahulu diterima pakai oleh masyarakat. Hasilnya keseluruhan generasi kita tertipu dan menerima pakai pandangan pakar. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka ini adalah kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan. Kita perlu ingat, kita menerima pandangan pakar sebagai rujukan sebelum kajian dilaksanakan bagi menentukan kesahihan. Janganlah kerana seorang tokoh sejarah terkenal yang disegani di negara ini mengatakan Hang Tuah itu tidak wujud dan hanya sebahagian dari mitos, maka kita pun menerima pakai pandangan dangkal tersebut. Kalau lah Hang Tuah tidak wujud, bagaimanakah nama Hang Tuah begitu gah dan dikenali seluruh Nusantara dari Sulawesi sehinggalah ke Tanah Jawa.

Satu yang harus kita kagumi ialah kebijaksaan bangsa Melayu yang menggunakan Ayam Pegar sebagai kawalan biologi bagi menghalang serangga menyerang tanaman padi. Ingatlah... sebenarnya bangsa Melayu amat bijaksana serta merupakan sebuah bangsa yang mempunyai daya intelektual yang tinggi!     

05 April 2012

RAHSIA BESAR ketika membeli HP

 
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#

► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473

… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH

08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA

01 atau 10: dari Finland = TERBAIK

00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK

13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

 

Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!! 

* info dari AwangLilin.blogspot

23 July 2011

Panduan Pemakanan BAYI



Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.


WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan. Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza). Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

* dipetik dari mysuperkids.net

11 May 2011

Fungsi Unik KONDOM...


Kondom merujuk kepada alat cegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat daripada urat perut haiwan (babi). Pada masa sekarang, kondom hampir keseluruhannya diperbuat daripada lateks.


Kondom dan seks memang dah macam adik beradik? Anda sebenarnya salah. Kondon sebenarnya mempunyai banyak fungsi yang sangat berguna kepada kita. Cuba lihat dan praktikkan salah satu kegunaan unik kondom yang boleh dipraktikkan nanti... 


Langkah 1 – Masukkan kondom dari bahagian atas remote
CARA BETUL MEMAKAI KONDOM


Langkah 2 – Tarik kondom sampai ke bahagian bawah dengan cermat
CARA BETUL MEMAKAI KONDOM
Langkah 3 – Gunting bahagian bonjolan kondom
CARA BETUL MEMAKAI KONDOM
Dan inilah hasilnya.
CARA BETUL MEMAKAI KONDOM
Ok! Ada yang nak cuba?

25 April 2011

Air kencing unta cegah kesan radiasi nuklear

 JEDDAH: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear. Dr Fatin Khoursheed yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG
 
* dipetik dari caca marba
 
alhamdulillah... begitulah hebatnya bagaimana binatang yang pernah disebutkan nabi ini telah memberikan manfaat kepada manusia. Panglima terbaca manfaat air kencing unta ini dari blog dari Indonesia Suara Hidayatullah yang menceritakan kelebihan air kencing unta sebagai penawar kanser malah pernah bermanfaat ketika zaman rasullullah SAW lagi...  
 
Air kencing unta bagi banyak orang mungkin menjijikkan. Tapi belum lama ini sebuah penelitian menemukan air kencing binatang khas padang pasir ini justru dapat menyembuhkan penyakit. Ah, mana bisa?

Adalah Dr Faten Abdel-Rahman Khorshid yang telah membuktikan hal itu. Khorshid seorang ilmuwan dari Arab Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medis King Fahd.

Setelah melakukan penelitian di laboratorium, Khorshid menemukan bahwa partikel nano dalam air seni unta dapat melawan sel kanker dengan baik.

Penelitiannya diawali dengan eksperimen menggunakan air seni unta, sel kanker yang ada di organ paru-paru seorang pasien, serta tikus yang disuntikkan sel kanker leukemia dan air seni unta.

Khorshid mengaku terinspirasi oleh saran pengobatan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SWT) bahwa air seni unta mengandung zat alami yang bisa membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sehat pada pasien pengidap kanker.

“Pengobatan ini bukan sebuah penemuan baru, melainkan diambil dari warisan peninggalan Nabi kita,” katanya. Menurutnya, dalam sebuah Hadits dari Bukhari (2855) dan Muslim (1671) dikatakan, beberapa orang datang ke Madinah lalu jatuh sakit dengan perut yang membesar.

Rasulullah SAW menyuruh untuk mencampur susu unta dengan air seninya, kemudian diminum. Setelah itu mereka pun sembuh. Perut yang bengkak mengindasikan kemungkinan adanya edema, liver atau kanker.

 “Kami telah meneliti dan mengkaji selama tujuh tahun. Selama itu kami telah mengujicobakan efektivitas air seni unta untuk melawan sel kanker sesuai dengan persyaratan yang ditetapkan oleh International Cancer Institute”, katanya dikutip dari situs http://www.saudigazette.com.sa/

Hasilnya mencengangkan, uji klinis pada seorang pasien relawan pengidap kanker paru-paru, mampu memperkecil ukuran tumor hingga setengahnya hanya dalam waktu sebulan.

Tak hanya kanker paru-paru, obat penemuan Khorshid ini juga mujarab untuk menyembuhkan kanker darah, kanker usus besar, tumor otak dan kanker payudara.

Sayangnya, Khorshid hanya memberikan resep pengobatan dalam jumlah terbatas. Saat ini, obat urine unta ini belum diproduksi secara massal. “Kami menyediakan obat dalam bentuk salep, kapsul, sirup, shampo, sabun dan gel untuk mengobati penyakit-penyakit yang sudah disebutkan.

Jika sudah mendapat izin dari Kementerian Kesehatan, obat ini akan diproduksi massal oleh pabrik farmasi”, katanya.

Hasil kajian Khorshid telah mendapat persetujuan formal dari Komite Etika Penelitian Ilmiah di KAAU.

Atas penemuannya itu, Khorshid terpilih sebagai salah satu dari enam inovasi terbaik dari 600 inovasi yang diajukan dalam International Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2009 yang diselenggarakan di Malaysia, Mei lalu.

Bagi warga Arab - baik semasa Nabi hingga sekarang – Unta adalah hewan berharga. Selain sebagai alat angkutan bagi masyarakat tradisional, hewan berpunuk ini juga diternakkan untuk diambil susu dan dagingnya. Susu unta dikenal rendah kalori.

03 April 2011

Tips Paling Berkesan Untuk Pengguna Facebook


Bagi pengguna Facebook,
Kadang-kadang kat Facebook tu, bersepah status yang menyemak kat wall anda, antaranya :

- 'badan saya makin sasa, saya rasa sungguh bangga'
- 'aku lapa ! aku nak makan ! aku lapaaaa !'
- 'bodoh laa, bodoh bodoh bodoh !'
- 'out dulu... aku nak g tandas jap'
- 'sakiittttttttttnya kuku ni!!'
- 'penatnya tlg papa td cuci kete.. huhuhu'
- 'hehe, dalam uitm, hehehe'

macam macam status pelik lagi geli lagi tua,
tapi, tak salah kalau anda nak letak status merepek pun, 

04 March 2011

Pengorbanan Seorang Ibu


Dari Abu Hurairah R.A: Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” Baginda S.A.W menjawab “Ibumu”, “Kemudia siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W 
 
Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas keredhaan keduanya. Sekadar renungan buat diri ini yang sering terlupa...

27 February 2011

Bagaimana Mengatur Waktu Tidur Anak Anda


Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk,seperti gambar ini...heheee..

Petua Tidurkan Si Kecil

Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

09 February 2011

Bibir kembali segar





Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?
Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas.

Disertakan satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.

bagaimana caranya...?
1. Ambil sedikit mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.
2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.
Itu saja. Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.
Selamat Mencuba!

26 January 2011

Pemilik Telefon Bimbit Wajib Baca


Panglima baru terima email ni, dan Panglima rasa sangat wajar untuk berkongsi rahsia mengenai telefon bimbit yang anda gunakan setiap hari.... Telefon bimbit sebenarnya mempunyai rahsia penting yang boleh membantu anda terutamanya di saat kecemaan antaranya :  

21 January 2011

Petua Mengekalkan Kesegaran Ikan



PELBAGAI cara untuk menyimpan hasil tangkapan seperti ikan untuk tahan lebih lama selepas aktiviti memancing seharian sama ada di pedalaman hutan ataupun di laut.

Awas! Pencuri Kereta...

Pelbagai cara digunakan penjenayah untuk mencuri kenderaan - Gambar sekadar hiasan

Banyak kes kecurian kereta telah dilaporkan pada tahun ini. Dianggarkan saban tahun kes kecurian kenderaan sentiasa meningkat malah kecurian membabitkan kereta dan motosikal mencecah 100,000 unit setahun.

Pelbagai cara diperkenal bagi mengatasi kes kecurian ini tetapi pelbagai cara juga digunakan bagi mencuri kenderaan ini. Nasihat Panglima, sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali cuai untuk memastikan keselamatan kenderaan anda.

18 January 2011

Kenapa Lelaki Tertarik Pada Payudara?



Persoalan yang tidak pernah dirungkai….hahahahahaha
maaf kalau entry ini cucu rasa agak lucah..sekadar untuk menghiburkan hati membasahkan gusi je…hik3…
percaya x bahawa lelaki amat tertarik pada payudara perempuan? cucu perempuan tahu x? kalau xtahu hari ini cucu tahu lah ye..

08 January 2011

APAKAH KEKASIH ANDA MASIH 'TERUNA'?


PETUA MENGENALI “TERUNA”

Mari kita bongkar rahsia lelaki pula... 

Bagaimana nak tahu samada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. sesiapa yang belum baca entry : APAKAH SI DIA MASIH DARA..boleh klik pada tajuk entry tu.. 
kali ni kita bongkar rahsia lelaki pulak!


Pham Thi Hong sedang membuat pemeriksaan akupuntur


Rupa-rupanya bukan sahaja wanita yang boleh diperiksa dara ataupun tidak, lelaki pun boleh diperiksa keterunaan mereka. Begitulah kehebatan seorang wanita Hanoi, Vietnam yang merupakan seorang pakar akupuntur, Pham Thi Hong menjadi selebriti apabila dia berjaya membantu membebaskan tiga lelaki yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan merogol setelah mereka didapati masih teruna.

Menurut agensi berita AP, pada mulanya, seorang pesalah itu, Nguyen Dinh Kien dirawat oleh wanita tersebut empat tahun lalu. Wanita itu kemudian mendapati terdapat beberapa bintik merah di belakang telinga lelaki itu yang menunjukkannya masih teruna sekali gus tidak bersalah merogol seorang gadis berusia 20 tahun pada 2000.

Dia kemudian mendapati dua lagi rakan lelaki itu mempunyai bintik sama yang menunjukkan mereka sebenarnya tidak pernah melakukan hubungan seks. Wanita itu kemudian melancarkan kempen untuk membebaskan mereka dan usahanya berjaya apabila Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet mengarahkan kes tersebut dibuka semula.

Hasilnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan pada Januari lalu selepas para penyiasat mendapati terdapat kekurangan bukti dalam kes tersebut.


kesimpulannya…keterunaan boleh diperiksa melalui :

Bintik di belakang telinga itu hanya akan hilang selepas lelaki bersetubuh dengan wanita tetapi ia tidak terjejas jika hubungan seks sesama jantina.

“Ada titik merah kecil di belakang telinga ketiga-tiga kerana bintik itu akan hilang dengan sendiri jika mereka melakukan persetubuhan,” kata Hong.
hahaha…tapi kalau dah lakukan hubungan sejenis?? 

APAKAH SI DIA MASIH DARA...?



tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan pasangan anda... ingin mengetahui sesuatu tapi tak tahu nak tanya atau tidak? takut si dia melenting pula nanti, siapa yang susah? berikut beberapa mengenali pasangan anda tanpa perlu bertanya sesuatu yang sensitif... 


Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas. 

Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia. 

Bentuk Punggung 
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggungnya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang2. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang. 

Telinga 
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi. 

Tumit 
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. 

Banyak kepentingan dan rahsianya lagi. Ini hanyalah kaedah serta petua untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Percaya atau tidak bukan persoalan kerani ianya sekadar panduan saja. Tak payahlah nak pi test sebab nak tahu sejauh mana kebenarannya....  

07 January 2011

3 RAHSIA LELAKI YANG WANITA MESTI TAHU


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak telefon pun?
 Bila dia telefon maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda. Inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni. Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat. Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk memikirkan kerjanya, terlupa tetapi anda akan kata atau rasa seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda! 

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu. 
Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri. Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.
 Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

27 December 2010

The Real Truth About Coca Cola!

The real truth about Coca cola
Evolution Of Man  
.

    COKE -- No wonder coke tastes soooo good:
  • In many states (in the USA) the highway patrol carries about 8 liters of Coke in the trunk to remove blood from the highway after a car accident.
  • You can put a T-bone steak in a bowl of coke and it will be gone in two days.
  • To clean a toilet: Pour a can of Coca-Cola into the toilet bowl and... Let the "real thing" sit for one hour, then flush clean. The citric acid in Coke removes stains from vitreous china.
  • To clean corrosion from car battery terminals. Pour a can of Coca-Cola over the terminals to bubble away the corrosion.
  • To loosen a rusted bolt: Applying a cloth soaked in Coca-Cola to the rusted bolt for several minutes.
  • To bake a moist ham: Empty a can of Coca-Cola into the baking pan, wrap the ham in aluminum foil, and bake. Thirty minutes before the ham is finished, Remove the foil, allowing the drippings to mix with the Coke for a sumptuous brown gravy.
  • To remove grease from clothes: Empty a can of coke into a load of greasy clothes, add detergent, And run through a regular cycle. The Coca-Cola will help loosen grease stains. It will also clean road haze from your windshield.
  • To remove rust spots from chrome car bumpers: Rub the bumper with a crumpled-up piece of Reynolds Wrap aluminum foil dipped in Coca-Cola.
  • The active ingredient in Coke is phosphoric acid. Its Ph is 2.8. It will dissolve a nail in about 4 days.
  • To carry Coca-Cola syrup (the concentrate) the commercial truck must use the Hazardous material place cards reserved for Highly corrosive materials.
  • The distributors of coke have been using it to clean the engines of their trucks for about 20 years.
  • Still Want To Drink Up ?????????

26 December 2010

Coca Cola : oh no, is it true...?

lihat dan baca label kandungan gula di dalam minuman kegemaran anda. cuma 39 gram gula sahaja. perhatikan gambar di atas... begitulah yang dimaksudkan dengan kandungan gula sebanyak 39 gram itu...!

brrrrr...... teruskanlah dengan minuman kegemaran anda 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...