PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) TERIMA PENGANUGERAHAN MS ISO
9001:2008
Seri Negeri, Ayer Keroh :
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini dianugerahkan pensijilan Sistem
Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan
Negeri Melaka bil 1/2011 yang berlangsung di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh,
Melaka.
Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji
Khamis bin Haji Abas hari ini menerima pensijilan berkenaan yang dianugerahkan
oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang disampaikan menerusi YAB Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Pensijilan berkenaan dianugerahkan kepada PERZIM setelah
berjaya memenuhi kehendak yang
ditetapkan oleh SIRIM QAS yang memenuhi standard piawaian antarabangsa meliputi pengurusan perolehan dan pendaftaran artifak
muzium, pengurusan pameran kekal serta
pengurusan pameran berkala.
Sementara itu, Haji Khamis yang
ditemui melahirkan kesyukuran di atas penganugerahan bertaraf antarabangsa yang
diterima PERZIM. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua warga kerja
PERZIM yang telah berusaha keras mendapatkan penganugerahan ini sambil
mengharapkan agar momentum serta komitmen penuh yang ditunjukkan ini mampu
dikekalkan pada tahap cemerlang sepanjang masa.
‘Adalah
amat perlu bagi kami meneruskan kecemerlangan ini bagi menjadikan institusi
pemuziuman di Melaka mampu memberikan sumbangan besar serta terus mengungguli
industri pelancongan di Melaka,’ tambah beliau lagi.
relevankah MS ISO 9001:2008 kepada Perbadanan Muzium Melaka? apapun tahniah kepada PERZIM di atas kejayaan besar ini.
Sememangnya PERZIM amat berhak memiliki penganugerahan bertaraf antarabangsa seperti ini berdasarkan di atas kerja keras dan komitmen tinggi warganya!
Syabas dan tahniah buat PERZIM...
Cayalah PERZIM..
ReplyDeletetahniah....
ReplyDeleteperzim always the best...
ReplyDeletetahniah perzim
ReplyDeleteAPASAL MATA AKU TERTUTUP.. CIS..
ReplyDeletetahnia...
ReplyDelete