Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

18 January 2011

Sudah Lali Kontroversi, Fasha tetap dalam senarai Top 5 ABPBH 2010




Akui Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 26, lebih baik dia mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan kerana enggan membiarkan isu terbabit terus diperbesarkan hingga semakin melarat apatah lagi masyarakat luar tidak memahami situasi yang berlaku.

“Maaf tiada komen terhadap semua isu ini. Saya sudah fikir masak-masak untuk tidak mahu mengulas
apa-apa. Cukuplah, selama ini pun sudah banyak kontroversi berlaku dan saya enggan memanjangkan perkara itu.

“Jika buka mulut pun, ia boleh timbulkan pelbagai lagi spekulasi, jadi lebih baik saya diam. Biarlah kalau orang luar mahu membuat sebarang andaian.

“Saya tidak ingin sebarang jawapan saya nanti disalah erti. Soal ada keluarga terdekat datang ke pejabat akhbar, itu pun saya enggan komen,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Holiday Villa Subang Hotel & Suites, Rabu lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa dan enggan memberikan cakap lebih lanjut. Paling penting keluarga dan peminat sentiasa berdiri di belakang saya memberikan sokongan.

“Malah saya tidak mahu kenang perkara yang sudah berlalu. Perkara terpenting adalah bagaimana mahu membalas jasa mereka (peminat),” katanya lagi.

AKUI wanita cantik ini, berkat dorongan dan semangat peminat juga dirinya saban tahun masih disenaraikan sebagai finalis ABPBH dan tahun ini Fasha dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kejayaannya pada anugerah yang bersandarkan undian peminat itu bermula sejak 2005 menerusi kategori TV dan bintangnya yang semakin bersinar melayakkan gadis berkenaan membolot trofi sama selain anugerah Pelakon Filem Wanita Popular bagi 2006 dan 2007.

Pada ABPBH2010, nama Fasha dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama-sama dengan Lisa Surihani, Noorkhiriah, Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah.
Ternyata berdasarkan senarai itu, mereka ialah barisan nama yang tidak akan memberi laluan mudah kepada Fasha memenangi gelaran Pelakon TV Wanita Popular.

“Inilah ujian yang perlu saya hadapi sebaik saja menyandang gelaran artis. Ia sebenarnya asam garam kehidupan. Tumpuan saya kini hanya pada kerja selain keluarga dan perniagaan berkaitan salun yang bakal beroperasi Februari nanti,” katanya.

Memilih lokasi di Wangsa Walk, dalam kesibukan menjalani penggambaran drama bersiri Samson & Delaila, Fasha turut merancang strategi menubuhkan Cinta Hair Salon & Beauty yang dijangka dapat beroperasi pada 14 Februari ini.

“Buat masih ini premis yang akan dikendalikan empat kakitangan itu masih pada peringkat pengubahsuaian, malah saya sendiri akan mengambil kursus jangka pendek berkaitan penjagaan kecantikan dan rambut untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang ini,” ulasnya lagi dengan penuh semangat. 

Apa-apalah Fasha. Panglima no komen. 
Peminat ambil tahu sebab nak tengok perubahan, tapi kalau camni... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...