1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk
kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan
berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada
kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana
wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau
berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki
akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana
mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang
rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya
berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya
kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya
terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan
penting.
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan
kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan
kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya
rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia
mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling
dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi
apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum
sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana
seoran perempuan.
betul sgt la ni...ase macam semua komen ni hentam atas pala aku je
ReplyDelete