Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

24 January 2011

KAYU punya nasi kandar...



Nasi kandar adalah satu hidangan Rakyat Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Hidangan nasi kukus biasa atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Perkataan Nasi Kandar timbul semasa penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Mungkin kerana keenakan nasi yag dijajanya, akhirnya nama Nasi Kandar melekat walaupun kebanyakannya peniaga mempunyai restoran yang besar.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang mempunyai aroma yang menyegarkan. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terungbendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Secara tradisinya lauk pauk yang dihidangkan akan dicampurkan semuanya bagi menambahkan lagi keenakan nasi kandar ini. Antara restoran nasi kandar yang popular di Pulau Pinang adalah 
  • Nasi Kandar Line Clear
  • Nasi Kandar Beratur
  • Restoran Nasi Kandar Subaidah
  • Kayu Nasi Kandar
  • Nasi Kandar Nashmir
  • Nasi Kandar Izadol Kampung Melayu
  • Nasi Kandaq Mohd Noor Al-Putat Bertam

Pada pandangan Panglima antara sebab yang menjadikan restoran nasi kandar ini begitu popular di Malaysia antaranya ialah lokasinya sangat strategik. Dah la tempatnya bagus buka pula 24 jam sehari tanpa henti. Tengah-tengah malam kalau lapar pun, nasi kandar sedia menanti.

Sekarang ni kebanyakan restoran nasi kandar menyediakan perkhidmatan wi-fi secara percuma. Kiranya mereka ini sangat memahami keperluan pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan. Selain itu juga mereka meletakkan skrin tv pelbagai saiz merata tempat dalam restoran mereka. tak perlu pusing belakang sebab semua view boleh tengok tv. Bila dah ada tv sudah tentulah menjadi pilihan utama melepak terutamanya ketika menyaksikan siaran langsung bolasepak.

Lauk pauk yang dihidangkan pun boleh tahan. Mereka ini sangat mengutamakan mutu masakan mereka. Kalau buat air pun mereka akan guna jenama yang terkenal. Lihat saja betapa enaknya menikmati teh tarik mereka...

Aspek layanan dan keselesaan pengunjung juga sangat mereka utamakan. Lihat sahaja cara mereka mengambil pesanan. Tiada lagi buku nota kecil sebaliknya mereka menggunakan sepenuhnya kemudahan komputer. Pesanan dan penghantaran makanan dilakukan secara teratur malah bayar bil teh secawan pun mereka guna touch screen!









3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...