Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

27 September 2011

Pengunjung ke 500,000 PERBADANAN MUZIUM MELAKA


Banda Hilir, Melaka (25 Sept 2011) : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mengadakan satu majlis ringkas meraikan pengunjung ke 500,000 seiring dengan Festival Hang Tuah yang diadakan bermula 23-25 September  2011 yang lalu.

Pengurus Besar PERZIM, Haji Khamis bin Haji Abas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan majlis ringkas ini diadakan bagi menghargai serta berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah menjadikan muzium-muzium di Melaka sebagai satu destinasi pilihan yang wajib ketika berkunjung ke Bandaraya ini.

‘Saya bersyukur kerana bilangan pengunjung ke PERZIM pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang agak baik. Insya Allah, kami akan mengadakan beberapa aktiviti lainnya bagi menjadikan PERZIM terus popular di kalangan para pengunjung’, ujar beliau ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Peningkatan ini adalah hasil usaha berterusan yang telah dijalankan oleh PERZIM bagi menjadikan muzium sebagai destinasi pelancongan terunggul dan popular yang wajib dikunjungi oleh pengunjung tidak kira dalam mahupun luar negara. Usaha promosi ini  akan terus diperhebatkan lagi disamping terus menjalin kerjasama erat dengan agensi-agensi berkaitan serta memperkenalkan semua produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka agar  Melaka dijadikan sebagai destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi di Malaysia.

Pada majlis itu seorang pengunjung bertuah En. Zawawi Mohamad Rashid (33) dari Merlimau, Melaka bertuah apabila diumumkan sebagai pengunjung ke 500,000 orang  bagi tahun ini. Beliau yang mengunjungi  Muzium Istana Kesultanan Melaka sempena FestivalHang Tuah bersama keluarganya terkejut apabila terpilih sebagai pengunjung bertuah. Beliau menerima cenderahati dari Y.Bhg Haji Khamis bin Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM berupa hamper, sijil, buku-buku terbitan PERZIM serta kupon percuma mengunjungi pusat tarikan pelancong di Melaka antaranya Menara Taming Sari dan Sungai Melaka.

Zawawi yang berkunjung bersama isterinya Siti Zannah bte Mohamad Shukor (32) serta anak-anak beliau Siti Zarith Soffea (7), Mohd Zariff Danial (6), Siti Zurin Zulaika (4) serta Mohd Zikri Danish (2) sering membawa keluarganya menikmati keindahan dan keunikan bandaraya Melaka setiap minggu.

’Saya tidak menyangka menerima penghargaan ini. Sebagai warga Melaka sememangnya saya sering membawa keluarga bersiar-siar setiap minggu. Penghargaan dari Perbadanan Muzium Melaka sebagai pengunjung ke 500,000 ini memang mengejutkan dan saya saya gembira,’ ujar Zawawi sambil menegaskan setiap warga Melaka perlu turut sama terlibat menyerikan industri pelancongan di Melaka yang kini menjadi tarikan seluruh dunia.

23 September 2011

Manifestasi SILAT Sempena Festival Hang Tuah 2011





ATURCARA PERSEMBAHAN MANIFESTASI SILAT 
FESTIVAL HANG TUAH 2011

24 SEPTEMBER 2011
10.30 am              :               Perguruan Gerak Insan Seni
11.00 am              :               Cimandi Tanah Baru
11.30 am              :               Gayung Gerak Serentak
12.00 pm              :               Perguruan Bentara Garang
12.30 pm              :               Perguruan Langkah Bromo
                                                REHAT
2.30 pm                :               Perguruan Cekak Malaysia
3.00 pm                :               Perguruan Tapak Helang
3.30 pm                :               Perguruan Tiga Serangkai
4.00 pm                :               Perguruan Gayung Purba Asli
4.30 pm                :               Perguruan Gerak Muqarabbin
5.00 pm                :               Perguruan Pukulan Melaka

25 SEPTEMBER 2011
10.30 am              :               Perguruan Pukulan Melaka
11.00 am              :               Cimandi Tanah Baru
11.30 am              :               Gayung Gerak Serentak
12.00 pm              :               Perguruan Bentara Garang
12.30 pm              :               Perguruan Langkah Bromo
                                                REHAT
2.30 pm                :               Perguruan Gerak Insan Seni
3.00 pm                :               Perguruan Tapak Helang
3.30 pm                :               Perguruan Gerak Tepat
4.00 pm                :               Perguruan Gayung Purba Asli
4.30 pm                :               Perguruan Gerak Muqarabbin
5.00 pm                :               Perguruan Cekak Malaysia

Setiap persembahan akan diiringi dengan paluan dari Gendang Silat Lawi Merah, Gendang Silat Gerak Insan dan Gendang Silat Seri Pelandok

22 September 2011

Jom Kunjungi FESTIVAL HANG TUAH


festival hang tuah 1
Festival Hang Tuah yang diadakan buat julung kali, akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir, di sini. Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Melaka Rodzuan Ismail berkata antara pengisian program ialah pameran panglima Melayu terbilang dan tayangan filem Hang  Tuah.

Beliau berkata turut diadakan ialah demonstrasi pandai besi pembuatan senjata Melayu, gerak jurus barongan, pembuatan setanjak, mandi minyak, mandi keris, mandi bunga, mandi limau, demonstrasi gerak silat dan demonstrasi persilatan oleh tiga kumpulan persilatan utama.

“Menerusi penganjuran festival ini, ia mampu menjadi salah satu produk untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melaka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin.

Ketokohan Laksamana Hang Tuah bukan sekadar seorang pahlawan Melayu yang mahir berpencak silat malah sebagai duta kerajaan  di dalam menjalin hubungan baik kerajaan Melayu Melaka dan kepimpinan antarabangsa suatu ketika dahulu.

Rodzuan berkata perasmian festival itu akan dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Festival itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka
festival hang tuah 2


20 September 2011

HANTU BONCENG nak kena GAM ke...?


Semalam akau bercerita mengenai filem kusam Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee dan juga Karipap-karipap Cinta arahan Gambit Saifullah. Hari ni aku nak sentuh sikit pasal filem Hantu Bonceng karya Ahmad Idham. Anda dah tengok ke filem-filem ni? hehehe... aku tak tengok dan aku tak ingin nak tengok! Cetuskan ler kontroversi macamana pun sebab aku anggap ni sampah yang perlu dilupuskan kat tempat pembuangan sampah je...

Khabarnya Hantu Bonceng ni pun mengundang kemarahan ramai disebabkan beberapa scene yang sensitif serta dialog yang tak sesuai serta dianggap sebagai menghina Islam.

"Saya faham, apa yang salah... salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.

Aku tak mahu cerita banyak tapi aku kagum dengan semangat orang kita menghasilkan filem macam ni. Langsung tak fikirkan faktor-faktor lain, apa yang penting filem laku dan menguntungkan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin keliru dengan isu Makcik hajjah Sitt Al-Wuzara yang lantang menghina Islam, kini muncul lagi elemen-elemen sepertinya yang berkaitan akidah dan sebagainya.

Apakah ini semua adalah kebetulan atau apakah mungkin kita sebenarnya telah mempunyai 'The Hidden Hand' yang kini telah bersemadi dalam masyarakat kita? Dan ini adalah masanya tangan-tangan ini mula digerakkan ke atas masyarakat kita lantaran kelemahan penguatkuasaan kerajaan ke atas mereka?

Aku juga tertarik dengan dialog antara Ahmad Idham dengan seorang pengguna Facebook bergelar Marikh Azahari seperti dipaparkan dalam ohartis.com 


Printscreen ni aku rembat dari blog ohartis.com

Jangan marah ye sebab aku pun suka tengok jawapan Ahmad Idham ni. Haaahaa... aku nak ulas jugak tapi aku takut la sebab aku ni kan cetek agama. nanti Ahmad Idham sekolahkan aku pulak. Tapi aku suka ajak Ahmad Idham untuk sama-sama sekolah bab agama dengan aku nak? 

Elok kau diam je dan minta maaf kan senang... bukan ke bangsa kita ni sangat memaafkan dan MUDAH LUPA pulak tu. Tapi bab minta maaf dengan Allah tu pandai-pandai kau lah yerk... 

Kena GAM? hehe jangan takut lah Ahmad Idham, takkan kena gam punya. Lagipun hal-hal macam ni REMEH je la. Takkan adanya JAKIM nak ambil tindakan, lagipun bab-bab macam ni bukan di bawah kuasa mereka pun. Banyak lagi sijil HALAL yang perlu mereka uruskan...
 
* kredit kepada milosuam.blogspot.com dan ohartis.com

19 September 2011

Nasi Lemak 2.0 vs Karipap-karipap Cinta = Melayu Mudah Lupa!


Anda masih kenal NAMEWEE atau pun Wee Meng Chee? Seorang pelajar jurusan dari Universiti Ming Chuan, Taiwan yang pernah mencetuskan kontroversi dengan menghina lagu Negaraku satu masa dulu. Aku memang malas nak ikut perkembangan dia, aku ingatkan lepas kes hari tu dia ni dah takut nak balik Malaysia lagi. Aku terperanjat apabila Namewee ni tetiba je mengarahkan sebuah filem Nasi Lemak 2.0 yang sekarang ni sedang ditayangkan di pawagam.

Aku tak mahu sentuh pasal cerita dia yang dikatakan kelakar, pedas, perkauman dan macam-macam lagi. Aku sebenarnya kelu! Sangat menghairankan seorang individu yang secara terbuka mencetuskan kontroversi di negara kita melalui You Tube kini dengan bebas berkarya melalui filem pula. Bagaimana pula perasaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu yang marahkan kenyataan beliau?

Inilah yang terjadi di negara kita. Apabila kerajaan hanya membiarkan individu sebegini bebas sebebasnya aku pasti suatu hari kelak kita semua akan merasa bahangnya. Hina dan cakap lah apa pun... sebabnya mudah, kerana Melayu Mudah Lupa!      

Disebalik kemunculan filem ini, sebuah lagi filem arahan Othman Hafsham berjudul Karipap-karipap Cinta turut menjengah pawagam.Filem yang dibintangi oleh pelakon kontroversi Gambit Saifullah ini  diadaptasi dari novel yang dikatakan paling laris di pasaran dengan judul yang sama.

Anda kenal Gambit Saifullah ni? Beliau pernah menggelarkan peminatnya dengan gelaran babi dan anjing serta pernah menghadiahkan 'middle finger' pada blogger dan kemudiannya meminta maaf. Pasti anda ingat lagi video klipnya bersama Prema Yin yang kononnya dihasilkan untuk pasaran Amerika. 

Kenapa insan-insan ini pilih Nasi Lemak 2.0 dan tidak Teh Tarik 2.0? Kenapa pula tetiba je 2.0 tidak 3.0? Kenapa pulak Gambit pilih Karipap-karipap Cinta tidak Samprit Cinta atau Dodol Cinta? Mungkinkah ada maksud tersirat yang cuba disampaikan mereka yang sememangnya dahagakan publisiti ni?

Hahaha... Namewee vs Gambit, siapa yang lebih hebat? Pasti Melayu jugalah yang hebat kan? Jom kita penuhkan panggung ramai-ramai. Tak mengapa... MELAYU MUDAH LUPA!

Selepas ini kita saksikan pula sebuah filem arahan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara pula... amacam Sitt Al-Wuzara? ada berani bikin filem macam diorang ka?


 Haramkan Klip Video LUCAH pertama di Malaysia nyanyian Prema Yin!
 Video Klip Lucah tu untuk pasaran Amerika...



18 September 2011

AWAS! Anda mungkin MANGSA berikutnya

4 petang. Anak-anak sedang bermain di halaman rumah dalam keadaan pagar yang berkunci. Subuah kereta berhenti di hadapan rumah sambil seorang pemuda berusia awal 20-an keluar menanyakan ayah. Si anak berlari memaklumkan kedatangan kawan ayahnya.

Ayah yang keletihan selepas menerima beberapa tamu yang berkunjung sempena hari raya cuba mengintai dari jendela. Terlihat sebuah kenderaan Proton Iswara ADT 9xxx berwarna merah dengan beberapa orang di dalamnya sedang menanti di bawah pohon mangga di rumah bersebelahan. Seorang pemuda berpakaian kemas dengan tag nama bertali biru memberikan salam...

'Nak tanya, rumah abang ada pakai water filter?' soalnya selepas salam dijawab.

Pantas otak berfikir, kalau jawapannya tidak pastinya katalog water filter akan menyusul! 

'Ada', ujar ku pendek sambil tertanya-tanya adakah jawapan ku tepat.

'Buka pintu jap bang, kami nak servis water filter' ujarnya lagi.

'You ni dari mana? apasal nak servis water filter pulak?', tanyaku lagi.

'Kami memang servis water filter bang', jawabnya penuh keyakinan.

'Tak mengapa, kalau saya nak servis nanti saya telefon. Minta Maaf lah' ujar ku sambil cuba mengeraskan suara dengan reaksi yang agak garang!

Inilah senario yang terjadi di salah sebuah taman perumahan. Suspek yang kononnya menjalankan perkhidmatan servis water filter bergerak secara rambang dan mencari mangsa bergantung kepada keadaan. Mereka tidak mengetuk pintu ke pintu sebaliknya mencari mangsa secara rambang. Apakah yang terjadi sekiranya suspek berjaya menyakinkan mangsa? Kemungkinannya mangsa terpaksa secara rela membayar harga servis water filter yang tentunya akan melibatkan penukaran beberapa barangan ataupun lebih teruk mangsa terdedah kepada rompakan. Tindakan suspek yang bertanya dengan beberapa rakan menunggu di dalam kereta menimbulkan seribu satu persoalan. 

Kepada orang ramai, berhati-hati ketika menerima tetamu seperti ini. Anak-anak juga perlu dilatih agar bersedia untuk menerima taktik seperti yang diamalkan suspek.

Apa yang pasti mereka seperti ini adalah golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sanggup melakukan apa jua tindakan asal dapat memenuhi impian mereka walau dalam masa yang sama orang lain mungkin menderita akibat tindakan mereka.

* cerita seperti yang disampaikan oleh pembaca Wadah Panglima menerusi email... Terima Kasih       .

17 September 2011

Teknologi ketenteraan zaman khalifah yang hebat



Semasa awal pemerintahan Islam, jihad sebagai kaedah dasar penyebaran dakwah Islam telah menjadi bahagian penting dari usaha membangun kekuatan Daulah Islam. 
Jihad adalah perang di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah. Oleh sebab itu diperlukan persiapan baik logistik, formasi perang, strategi, komandan dan pasukan tentera serta persenjataan. Persenjataan memerlukan adanya industri.

Kewajiban ini difahami menurut dalâlah iltizâm atau kaidah mâ lâ yatimmu al-wâjib illâ bihi fahuwa wâjib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu menjadi wajib hukumya). Jadi, membina industri ketenteraan/perang wajib hukumnya berdasarkan mafhum dari dalil tersebut.

Manjaniq (Swing-beam)
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Adalah Salman Al-Farisi -seorang Parsi yang masuk Islam di masa Rasulullah Saw- orang pertama yang memperkenalkan senjata ini atas perintah Nabi Saw.
Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dioperasikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga hujung yang lain akan berayun sangat kuat dan menembakkan peluru dari tali yang melekat pada hujungnya.[1]

Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam. 
Bangsa Avar pernah menggunakannya semasa penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Malah mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M[2]. 
Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah.

“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng Thaif,” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekumpulan sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah[3], lalu mereka berusaha masuk ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka boleh membakar pintu benteng. Bani Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.” [4]

Atas cadangan Salman ini, Nabi Saw terus mengangkatnya sebagai mudir untuk mengelola industri ketenteraan dan memproduksi manjaniq untuk memperkukuh kekuatan pasukan artileri yang dipersiapkan ke medan tempur.

Pedang Damaskus (Sword of Damascus)
Dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, lentur, ringan, dan mampu menembus baju zirah, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah.
Pedang ini diperkenalkan di Damaskus pada abad ke-12 M.[6] Eropah lalu cuba menghasilkan yang serupa dengannya, namun hingga masa ini masih belum mampu meniru 100%. Malah dengan teknologi metalurgi sekalipun belum dapat membuat tandingan yang memiliki ketajaman yang sama dengan Pedang Damaskus ini.

Pedang yang pernah membuat gentar Pasukan Salib ini, memiliki semacam lapisan kaca di permukaannya. Sutra akan terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang lain pun akan menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tidak ada yang menyangka, bahwa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengthui rahasia kehebatan pedang tanpa tanding ini. Adalah John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi modern dari Iowa State University- yang berkolaborasi dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, yang telah mencoba membuat pedang ini selama bertahun-tahun. Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adonan baja yang membentuk pola mirip aliran air yang dikenal dengan Multi Walled Carbon Nano Tube[7], barulah diketahui rahasia di balik kehebatan pedang damaskus ini.

Teknologi Pembuatan Mesiu (Gunpowder)
Tidak hanya mumpuni dalam seni membuat pedang, kaum Muslim juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan mesiu. Walaupun senyatanya bubuk mesiu pertama kali ditemukan di Cina yang digunakan sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia Muslim Khalid bin yazzid telah mengenal lebih dulu potassiumnitrat (KNO3), bahan utama pembuat mesiu.[8]

Eropa baru mengenal mesiu setelah dibawa oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M.[9] Dan selanjutnya dikembangkan menjadi bahan peledak, misalnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad setelahnya disempurnakan menjadi senjata api.

Jauh sebelum Eropa mengembangkan teknologi pembuatan mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim telah lebih dulu mencobanya. Banyak ilmuwan Mulim yang menguasai teknik pemurnian potassium, sebuah teknik yang tak diketahui oleh orang-orang Cina. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu Bakar Al-Razi (wafat tahun 932), dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium bisa digunakan sebagai bahan peledak.
Pemurnian potassium ini pernah diklaim Barat sebagai temuan Roger Bacon. Namun klaim ini dipatahkan sendiri oleh ilmuwan Barat lainnya yaitu Partington. Hasan Al-Rammah telah menjelaskan proses ini secara rinci di dalam karyanya Al-Furusiyyah wa Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan bubuk mesiu sangat luar biasa. Ia telah berhasil menulis sebanyak 107 rumus atau resep penggunaan mesiu. 22 resep di antaranya diracik khusus untuk membuat roket.

Saat Perang Salib meletus tahun 1249 M, Raja louis IX dan para pasukannya pernah merasakan kehebatan moncong meriam dan roket kaum Muslim. Betapa hebatnya dampak proyektil yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat Raja Louis IX kewalahan dan akhirnya takluk. Peristiwa itu diakui sendiri oleh Jean de Joinville, salah seorang perwira tentara Perang Salib.

The Mohammed’s Greats Gun
Inilah salah satu senjata paling fenomenal yang digunakan dalam perang paling menakjubkan sepanjang sejarah. The Mohammed’s Greats Gun, itulah sebutan senjata yang dibuat pada tahun 1942 ini . Meriam ini dibuat sebagai jawaban atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk menjebol benteng pertahanan Kostantinopel.
“Aku dapat membuat meriam tembaga dengan kapasitas seperti yang Anda inginkan,” kata Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-, “Aku telah mengamati secara detail tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya akan memorakporandakan tembok itu dengan senjataku. Bahkan, tembok Babilonia pun akan hancur karenanya.”[10]
Tentu saja hal ini disambut gembira oleh Muhammad Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang takluknya Kontantiopel) sudah di depan mata. Maka dijalankanlah proyek tersebut. Dan senjata terbesar di dunia yang pernah ada pada masanya akhirnya berada dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Memiliki panjang 8,2 meter, diameter 76 cm, dengan berat 18,2 ton, meriam ini sanggup melontarkan bola besi padat berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1,6 km.

Militer Hebat, Negara pun Kuat
“Pasukan Utsmaniy sangat cepat gerakannya,” ujar Bertrand de Broquiere –seorang pengembara asal Perancis-, “Seratus pasukan Kristen akan jauh lebih gaduh dari sepuluh ribu pasukan Utsmaniy. Tatkala genderang perang telah ditabuh, maka dengan segera mereka akan bergerak, mereka tidak akan berhenti melangkah hingga komando dikeluarkan. Mereka adalah pasukan yang terlatih. Dalam semalam mereka mampu melakukan tiga kali lipat perjalanan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya orang-orang Kristen.”[11]

Kaum Muslim memang telah berhasil membangun angkatan bersenjata yang kuat dan pasukan yang terlatih. Walaupun tidak bisa dikatakan bahwa militer sebagai satu-satunya faktor penentu kemenangan di medan perang, tetapi ia merupakan salah satu sebab di antara sebab-sebab yang mengantarkan kepada kemenangan. Maka tak heran jika Rasul Saw sangat memperhatikan strategi perang, kekuatan pasukan, dan persenjataan di setiap peperangan. Dan selanjutnya juga menjadi perhatian para Khalifah pada masa sesudahnya.

Di masa Abbasiyah, sebagaimana yang dituturkan oleh Philip K. Hitti, “tentara kaum Muslim terdiri dari pasukan infanteri (harbiyah) yang bersenjatakan tombak, pedang dan perisai, pasukan panah (ramiyah) dan kavaleri (fursan) yang mengenakan pelindung kepala dan dada, serta bersenjatakan tombak dan kapak. Tiap pasukan pemanah membawa pelontar nafa (naffathun), mengenakan pakaian anti api dan melontarkan bahan mudah terbakar ke pasukan musuh.”[12]

Ibn Shabir al-Manjaniqi, seorang arsitek kondang pada masa an-Nashir (1180 – 1225), telah menulis sebuah buku tentang teknik dan seni peperangan. Pada masa itu juga, para arsitek telah membangun mesin pengepung, seperti katapul, pelontar, dan pendobrak.[13]

Tak hanya tangguh di darat, tentara kaum Muslim pun hebat di laut. Mu’awiyah adalah khalifah pertama yang melancarkan jihad melalui lautan. Kemudian pada masa Khalifah Abdul Malik, industri peralatan maritim untuk pertama kalinya dibangun di Tunisia.

“Dari sana, penaklukan atas Sisilia diberangkatkan,” demikian Ibnu Khaldun menceritakan dalam Muqaddimah-nya, “Dan pada masa itu pula ditaklukkan Qusharrat. Setelah itu di bawah Bani Ubaidi dan Bani Umayyah, armada Ifriqiyah dan Andalusia terus-menerus bergantian menaklukkan kota demi kota.”[14]

“Selama masa pemerintahan Daulah Islamiyah,” lanjut Ibnu Khaldun, “kaum Muslim menaklukkan seluruh sisi lautan. Kekuasaan dan dominasi mereka semakin luas. Bangsa Kristen tak dapat berbuat apa-apa terhadap armada kaum Muslim, di mana pun di laut Tengah. Sepanjang waktu, kaum Muslim mengarungi gelombang untuk menguasai semua semenanjung yang membujur di pantai Laut Tengah, seperti Mayorca, Minorca, Ibiza, Sardinia, Sisilia, Pantelleria, Malta, Crete, Cypus, dan semua provinsi Mediterranean Romawi dan Franka.” [15]

Penaklukan dan penyebaran Islam yang begitu massif bukanlah semata-mata karena militer yang kuat, tetapi faktor utama semua itu adalah ideologi Islam. Motivasinya pun bukan lantaran memburu ghanimah (harta rampasan perang) atau sumber daya alam. Semua wilayah yang akan ditaklukkan sama di mata kaum Muslim, baik kaya maupun miskin. Seperti Afrika Utara yang tak punya kekayaan apa pun, kaum Muslim dengan penuh keyakinan masuk ke sana dan menyebarkan Islam.

Sungguh, suatu saat nanti musuh-musuh Islam akan terperangah menyaksikan kekuatan kaum Muslim bangkit kembali. Mereka akan menggenggam Timur dan Barat sebagaimana orang-orang sebelum mereka. Islam akan masuk sedemikian cepat ke dalam setiap rumah dengan segenap kemuliaannya.

“Sungguh perkara agama ini,” demikian Rasul Saw mensabdakan dalam riwayat Imam Ahmad, “akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana sampainya malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun, baik di tengah penduduk kota atau di tengah penduduk kampung, kecuali Allah akan memasukkan agama ini ke dalamnya dengan kemuliaan yang dimuliakan dan kehinaan yag dihinakan; kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghinakan kekufuran.”[16]

Wallahu a’lam bi ash-showwab.Era Islam

* dipetik sepenuhnya dari tulahan.blogspot.com

15 September 2011

PERODUA lancar MYVI SE dan MYVI EXTREME



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa.

Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.

Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm.

Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.

On-the-Road (OTR) price in Peninsular Malaysia

Perodua Myvi 1.5 SE
- Manual – RM50,900 – RM 51,400
- Automatic – RM 53,900 – RM 54,400 (with standard audio headunit)
- Automatic – RM 56,000 – RM 56,500 (with multimedia & navigation system)

Perodua Myvi 1.5 Extreme
- Manual – RM 58,200 – RM 58,700
- Automatic – RM 61,200 – RM 61,700







14 September 2011

NGERI!... Pastikan ianya tidak terjadi ke atas diri ANDA

Sedih dan pilu melihat aksi sebegini apatah kalau menyaksikannya di depan mata sendiri. Ingatan buat semua, pastikan perkara sebegini tidak terjadi ke atas kita semua... Beri perhatian sepenuhnya ke atas anak anda! 

12 September 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara mula CEMAS...?

Akhirnya sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai JINGGA 13 tampil menyuarakan kebimbangan berkenaan isu Sitt Al-Wuzara yang terlalu kurang ajar melemparkan penghinaan secara terbuka kepada kepada Islam. Syabas dan tahniah kepada beberapa individu yang mewakili pertubuhan berkenaan setelah mereka juga menyampaikan kebimbangan yang sama kepada SKMM dan juga JAKIM pada minggu lalu.

Setelah sekian lama isu yang menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam ini dibangkitkan akhirnya ada juga rakyat Malaysia yang prihatin sehingga sanggup mengetegahkannya sehingga ke pengetahuan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Agak-agaknya apakah yang akan berlaku selepas ini kelak? Rasanya kita dapat membayangkan situasi berkenaan kerana JINGGA 13 adalah sebuah pertubuhan NGO yang mewakili pembangkang! Sudah tentu isu ini akan dipolitikkan dan diperdebatkan. Memanglah bagus jika ianya dibincangkan di peringkat nasional namun adalah dibimbangi Sitt Al-Wuzara kemungkinannya akan terlepas begitu sahaja lantaran masyarakat akan mempertikaikan tujuan JINGGA 13 berbuat demikian. 
Pada pandangan aku adalah sangat wajar isu ini tidak dipolitikkan. Ini adalah masa yang sesuai untuk semua umat yang CINTAKAN ISLAM untuk bersatu padu mempertahankan Islam tanpa mengira latar belakang politik. Kerajaan sepatutnya mengambil langkah pantas menahan individu yang menghina Islam sejajar Islam sebagai agama rasmi. Sitt Al-Wuzara juga sebenarnya telah beberapa kali mencabar Polis, SKMM, JAKIM, PEKIDA, Perdana Menteri serta Agong sendiri setelah beberapa kali menghina tokoh ulama sebelumnya.

Seharusnya JINGGA 13 tidak dilihat sebagai cuba menjadi hero di sebalik isu. Tanggung jawab mempertahankan kesucian Islam adalah terletak bukan hanya kepada Perdana Menteri ataupun pihak kerajaan malah pada setiap individu Islam. Sama-samalah kita berdoa agar Sitt Al-Wuzara dikenakan tindakan atas kelakuan biadapnya kepada Islam...Insya Allah   

11 September 2011

SITT AL_WUZARA tersenyum simpul... KETAWA BESAR lihat kelemahan kita!



Isu penghinaan terbuka kepada Islam yang dicetuskan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nampaknya tiada kesudahan. Sitt terus bebas mencaci Allah, menghina nabi junjungan kita Muhammad SAW, memaki hamun umat Islam, mengherdik JAKIM, mempermainkan Sultan serta Yang di-Pertuan Agong, memperkecilkan Polis dan SKMM, mencabar PEKIDA dan bermacam-macam bentuk penghinaan lagi namun tiada sebarang tindakan yang diambil kerajaan!

Seronoknya Sitt melihat kerajaan Malaysia tidak mampu membuat sebarang tindakan ke atasnya. Apakah tidak ada peruntukan undang-undang di Malaysia untuk mengheret beliau ke muka pengadilan? atau sekurang-kurangnya menasihati beliau agar kembali semula kepada Islam? Malang sungguh ke atas seluruh rakyat Malaysia apabila hanya mampu melihat penghinaan ini tanpa ada usaha menghalangnya!

Segelintir rakyat Malaysia mewujudkan https://www.facebook.com/Pendedahan.Ekslusif bagi mencari siapa sebenarnya Sitt Al-Wuzara ini. Bermacam pendedahan telah pun didedahkan namun ianya gagal menarik perhatian pihak berkuasa. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah Malaysia masih mempunyai pemimpin yang cintakan Islam? Isu Sitt Al-Wuzara ini sama sekali gagal menjadi isu nasional akibat tenggelam dengan berita Mat Sabu, isu JAIS dan gereja, berita Anwar Ibrahim, kematian wartawan dalam misi Kelab Putra 1 Malaysia dan macam-macam isu lainnya. Isu cukai 6% dari TELCO lebih penting dari berita murtad dan penghinaan oleh Sitt Al-Wuzara ini!

Jadi tak hairanlah kita kalau JAKIM selaku sebuah badan tertinggi yang sepatutnya mempertahankan kesucian Islam pun buat tak tahu!
Lemahnya kita sebagai umat Islam! Pastinya kelak lebih ramai Sitt Al-Wuzara yang akan muncul untuk mencabar Islam kelak. Bersedialah kita semua untuk menerima bala bencana dari Allah lantaran kegagalan kita untuk mempertahankan maruah Islam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...