Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

Showing posts with label curang. Show all posts
Showing posts with label curang. Show all posts

08 May 2012

Isteri Jimmy mengandung anak LUAR NIKAH

SHAH ALAM - Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa. Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran sebanyak RM31,186 bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

* dipetik dari Sinar Harian 
Macam-macam gossip yang melanda dunia artis. Agak malang juga apabila semua cerita-cerita begini terpaksa didedahkan di mahkamah demi mencari kebenaran. Kepada Jimmy kami mengucapkan berbanyak sabar. Setiap kejadian pasti ada hikmah tersembunyi... kalau tidak sekarang, mungkin di masa akan datang kelak. Insya Allah  

18 March 2011

Isteri Curang dengan Teman Sendiri

Suami malang.
ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

“Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

“Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar,” katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.

“Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula,” katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

“Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya,” katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

“Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

“Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air,” katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

“Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya,” katanya.
 * dipetik dari Sinar Harian

16 January 2011

Kenali tanda Lelaki Curang



1- Handphone sentiasa ditangan. Waktu curang ni, handphone ibarat nyawa mereka. Kemana saja mereka pergi..handphone wajib dibawa. Paling best, bab nama dalam phone book ok. Jangan terperdaya! Teman saya, suaminya main asmaradana dengan sorang girl ni. Nama dalam handphone : Mohd Zaki. Nama selepas tertangkap dan mengaku: Zakiah. hahaha

15 January 2011

Serah Anak & Isteri kerana hutang Along





JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.

Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.

Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.

Panglima Cawat Besi



Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.
PANGLIMA : Simpan anak kunci ni! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku         izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

14 January 2011

Penyanyi Tuduh Ulama Perkosanya Dakwa 'Orang dalam' Sebar Video Adegan Mandinya

Penyanyi dangdut Indonesia, Aida Zaskia, hairan bagaimana adegan mandi yang dilakonkannya ketika sesi penggambaran sebuah filem kini tersebar luas di Internet.

Beliau mendakwa hal itu sengaja dilakukan untuk tujuan mempromosikan filem tersebut.

13 January 2011

Ibu Temui Pemuda Tidur di sebelah Anak Perempuannya























Kuching - Seorang ibu terperanjat menjumpai seorang pemuda sedang tidur disebelah anak perempuannya sewaktu beliau ingin mengejutkan anaknya untuk pergi ke sekolah.

Ibu yang terperanjat itu terus menghalau pemuda berkenaan dari rumahnya di Kampung Bintawa Tengah, Petra Jaya. Anak perempuannya itu berusia 14 tahun.

Tanda-tanda Lelaki dah Jatuh Cinta




1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

Jejai ke Jepun, bikin Fasha Sandha cemburu




Kisah Fasha Sadha terus Top di sana sini,Paling top ialah kisah gambar dia berbikini tersebar luas dan  kali ni dengan kisah dia cemburu dengan kekasih hatinya yang join Bekas isteri serta familynya bercuti di Jepun sambil meraikan Harijadi anak Tunggalnya bersama dengan Nora Danish iaitu Putera Rayqal Rizal Ashram, 3 Tahun yang jatuh pada 7 hb Januari yang lalu.
Jejai pergi ke Jepun selepas pemergian Nora, Rayqal dan keluarga Jejai terlebih dahulu sekitar awal Januari tahun ini.
Fasha terasa hati, mungkin sebab itu dia membuat keputusan untuk bercuti ke Bali bersama rakan-rakannya itu selepas Jejai ke Jepun bersama bekas isterinya itu, sumber ni khabarnya datang dari kawan rapat dia sendiri...alalala..sampai kuar isu Fasha Sandha yang glamer tu berbikini ...adoiyaiiii..!!
Macam2 berita yang kita dengar, entah betul atau tak ..tapi ini kan dunia artis penuh dengan gossip dan cerita ceriti..alahai

*dipetik dari Kosmo 
erm... apa-apa la fasha. Yang ekau tu nak cemburu tak tentu pasal buek apo? Nora tu kan bekas isteri dia, memang la tak de apa-apa hubungan tapi si Raykal tu kan anak mereka. Yang ekau bawa diri ke Bali tu sebenarnya Jejai cakap : ada aku kesah....!

12 January 2011

Lelaki bercoli maut jatuh kondominium





Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul di sini, hari ini.

Kisah Suami Yang Gagal



Jarang Panglima masukkan cerita sedih dalam blog ni... tapi kali ni tergerak pulak untuk masukkan satu artikel yang Panglima jumpa dalam internet. Ingat ok kot, kalau sesekali kita fahamkan dan cuba selami kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh seorang sahabat kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...