Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

05 May 2017

INSIDEN Masjid Austin Perdana... Jangan CETUSKAN api perkauman!







Ini adalah sebahagian daripada komen-komen yang dibuat di laman sosial berkaitan kejadian pergaduhan yang berlaku selepas sembahyang Jumaat, tengah hari tadi di Masjid di Taman Austin Perdana, Johor Bharu. Ahli politik usah bercakap mengenai perpaduan sekiranya komen-komen di atas diambil kira.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila pemandu berbangsa Cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang Jumaat hingga selesai sembahyang.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Usai sembahyang Jumaat selesai, ahli jemaah menyerbu kereta berkenaan kerana tidak menjaga sensitiviti agama. Pemandu berbangsa Cina itu cuba untuk melarikan diri hingga hampir melanggar sekumpulan jemaah itu. Sebelum itu, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu berbangsa Cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon apabila dia keluar daripada kenderaannya.



Mungkin pemandu kereta Camry berbangsa Cina itu tidak faham papan tanda di bawah:


Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Polis Di Raja Malaysia:


* dipetik dari khairulryezal.blogspot.my


Ingat kembali sejarah! Mana yang tak tahu tu selak-selak peristiwa dan insiden yang terjadi sebelum ini. Apakah anda semua sudah berpuas hati dengan nikmat keamanan yang dikecapi selama ini? Sedang dunia sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, apakah rakyat Malaysia menginginkan agar api perkauman dinyalakan semula?

Mungkin ramai antara kita yang telah berpuas hati dengan pencapaian masing-masing tetapi bagaimana nasib generasi akan datang agaknya? Anda rela melihat anak-anak anda berjuang bagi memastikan kelangsungan hidup mereka kelak?

Fikir... tepuk dada tanyalah selera   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...