Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

06 January 2011

PERZIM dan MS ISO 9001:2008







PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM) TERIMA PENGANUGERAHAN MS ISO 9001:2008

Seri Negeri, Ayer Keroh : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini dianugerahkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 dalam satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka bil 1/2011 yang berlangsung di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Haji Abas hari ini menerima pensijilan berkenaan yang dianugerahkan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang disampaikan menerusi YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Pensijilan  berkenaan dianugerahkan kepada PERZIM setelah berjaya memenuhi   kehendak yang ditetapkan oleh SIRIM QAS yang memenuhi standard piawaian antarabangsa meliputi  pengurusan perolehan dan pendaftaran artifak muzium, pengurusan pameran kekal  serta pengurusan pameran berkala.

Sementara itu, Haji Khamis yang ditemui melahirkan kesyukuran di atas penganugerahan bertaraf antarabangsa yang diterima PERZIM. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua warga kerja PERZIM yang telah berusaha keras mendapatkan penganugerahan ini sambil mengharapkan agar momentum serta komitmen penuh yang ditunjukkan ini mampu dikekalkan pada tahap cemerlang sepanjang masa.

‘Adalah amat perlu bagi kami meneruskan kecemerlangan ini bagi menjadikan institusi pemuziuman di Melaka mampu memberikan sumbangan besar serta terus mengungguli industri pelancongan di Melaka,’ tambah beliau lagi.    


relevankah MS ISO 9001:2008 kepada Perbadanan Muzium Melaka? apapun tahniah kepada PERZIM di atas kejayaan besar ini. 

Sememangnya PERZIM amat berhak memiliki penganugerahan bertaraf antarabangsa seperti ini berdasarkan di atas kerja keras dan komitmen tinggi warganya! 






Syabas dan tahniah buat PERZIM...

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...