Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

04 January 2011

Muzium Istana Kesultanan Melaka


Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan catatan yang terdapat pada Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Kalau mengikut catatan di dalam Sulalatus-Salatin, terdapat beberapa binaan lagi yang mengapit bangunan utama istana ini termasuk masjid serta balai rong seri.

Replika istana yang terdapat di Melaka sekarang merupakan bangunan utamanya. Bangunan ini dikenali sebagai Muzium Istana Kesultanan Melaka di kendalikan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) yang boleh dilawati dengan tiket RM 2.00 untuk dewasa serta pelajar dan kanak-kanak dikenakan bayaran RM 0.50

Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.30 petang. Bangunan yang diperbuat sepenuhnya dari kayu ini menggunakan kayu chengal sebagai struktur utamanya serta potongan kayu belian (kayu yang terpadat dan merupakan satu-satunya kayu yang tenggelam di dalam air!) 

Binaan asalnya dikatakan didirikan tanpa menggunakan paku... setiap struktur diikat menggunakan sistem pasak dan tanggam sahaja.

Di dalam muzium ini kita boleh menyaksikan Diorama Balai Rong Seri di mana tempat bersidangnya Sultan Melaka suatu masa dulu. singgahsana Sultan yang mempunyai atap bertingkat tujuh, malah sultan juga ditempatkan di kedudukan ke tujuh iaitu yang tertinggi di dalam Balai Rong Seri ini.

Terdapat juga Diorama Pertarungan Dua Pahlawan... menggambarkan satu pertarungan penuh nostalgia antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Lukisan yang dipaparkan sangat terperinci serta membantu kita memahami sejarahnya dengan baik.

Di tingkat berikutnya kita boleh menyaksikan Bilik Beradu Sultan. Menariknya diorama Tun Kudu juga digambarkan di tingkat atas. Tun Kudu...? satu watak dalam sejarah yang kurang popular tetapi memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keutuhan empayar Kesultanan Melaka...

 







Ingin tahu lebih lanjut?... elok kunjungi sendiri muzium ini. Pastinya anda akan terpesona dengan keindahan senibinanya serta bersemangat setelah mengetahui kehebatan empayar Kesultanan Melayu Melaka....

7 comments:

  1. Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka sekali pndang je hati dh tertarik nk msuk n nk tgk ape yg ada di dalam nye.. :)

    ReplyDelete
  2. sgt mnarik...blh g nti

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    boleh saya tanya siapa pemilik istana kesultanan melaka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...