Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

06 January 2011

HARGA PETROL BAKAL DINAIKKAN LAGI...?


harga petrol akan dinaikkan lagi...? persoalan ini semakin membimbangkan rakyat Malaysia kini. Apakah benar khabar angin atau sememangnya ini berasas?

Melihat kepada petrol RON 97 yang baru saja mengalami kenaikan semalam, ternyata kebimbangan ini sememangnya berasas. Rakyat Malaysia kini perlu bersedia menerima pengumuman kerajaan apatah lagi kerajaan telah mengesahkan bahawa harga petrol akan mengikut pasaran semasa.

Cuba lihat senario apabila kerajaan mengumumkan kenaikan petrol beberapa tahun lepas sebanyak 30 sen seliter... Rakyat Malaysia jadi panik dan keluar beramai-ramai...


Menariknya mereka berpusu-pusu beratur di stesen minyak bagi memenuhkan tangki kereta mereka pada saat terakhir sebelum harga petrol dinaikkan bermula jam 12 malam! Apakah rasionalnya tindakan mereka? Bagi yang mempunyai lebih dari satu kereta kelihatan agak panik dan cuba sedaya upaya memenuhkan tangki mereka. 

Terfikirkah mereka yang mereka terpaksa jua membayar dengan harga baru kelak? Untuk apa mereka beratur panjang? membuang masa dan minyak sediada saja...! malah ada yang mengeluh hampa setelah beratur panjang apabila bekalan minyak kehabisan di stesen...he he he

Fikir pula tindakan sahabat-sahabat kita di negara jiran yang mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak. Walaupun mungkin cara penyampaian mereka kepada pemerintah agak berbeza dan kadangkala keterlaluan, namun sekurang-kurangnya mereka berjaya menyampaikan mesej jelas kepada pemerintah tentang kepayahan yang akan mereka tanggung...


jangan beli minyak jika harga terus naik... pulaukan saja!
Kaedah paling praktikal menjimatkan minyak... hehehe

Bagaimana pula dengan anda? Apakah anda masih berbangga menyatakan yang masyarakat anda semakin matang dalam menangani isu kenaikan harga minyak seperti ini atau perlukah kita menyatakan secara tegas dan berhemah kepada kerajaan tentang keperitan rakyat keseluruhannya?

Bas Sekolah yang menjimatkan
Apa yang pasti kita perlu konsisten dalam hal seperti ini tanpa perlu emosi yang keterlaluan sehingga menyusahkan rakyat dan negara   

cara paling sesuai menjimatkan minyak. Jangan cuba cara ini ya!
bukan semua orang berjaya guna kaedah ini. he... he... he...

1 comment:

  1. pelik... kita ni negara pengeluar minyak tapi kerajaan suka2 je naikkan harga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...