Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

21 January 2011

Awas! Pencuri Kereta...

Pelbagai cara digunakan penjenayah untuk mencuri kenderaan - Gambar sekadar hiasan

Banyak kes kecurian kereta telah dilaporkan pada tahun ini. Dianggarkan saban tahun kes kecurian kenderaan sentiasa meningkat malah kecurian membabitkan kereta dan motosikal mencecah 100,000 unit setahun.

Pelbagai cara diperkenal bagi mengatasi kes kecurian ini tetapi pelbagai cara juga digunakan bagi mencuri kenderaan ini. Nasihat Panglima, sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali cuai untuk memastikan keselamatan kenderaan anda.


Panglima senaraikan beberapa petua mengelakkan kecurian ini antaranya :


1. Kunci pintu dan tutup cermin rapat-rapat

Bila anda keluar dari kereta sama ada sekejap ataupun lama jangan lupa mengunci pintu dan tutuplah cermin kereta sampai rapat. Jikalau meletakkan kenderaan (walau di mana-mana anda berada) pun sama gak. Walaupun benda ni nampak remeh, kecuaian sebegini membuatkan tugas si pencuri semakin mudah a-b-c. Sebagai tambahan, pasanglah alat keselamatan tambahan seperti mengunci stereng dan clutch.

2. Elakkan menyimpan kunci pendua dalam kereta
Sebaik-baiknya carilah tempat lain. Kalau boleh di tempat yang sukar dijangka oleh individu lain. Hanya anda (dan ahli keluarga yang boleh dipercayai) saja yang tahu.

3. Sentiasa mematikan enjin

Kalau anda atau pemandu tidak berada dalam kereta, matikanlah enjin tu. Banyak kes kecurian kereta yang pernah terjadi akibat membiarkan enjin hidup tanpa pengawasan. Lebih-lebih lagi kalau tengah mencari barang kat dalam stesen minyak ataupun beli buah durian kat tepi jalan tu, berwaspadalah yer. Silap-silap haribulan, tengah panaskan enjin kat rumah pun boleh kena kebas tau. Huhuhu... menangis tak berlagu lar.

4. Jangan simpan barang berharga
Mungkin ramai di antara anda yang menyimpan laptop, kamera digital/dslr, handphone (ni kadang2 tertinggal) ataupun barangan berharga lain dalam kereta. Terutamanya mereka yang "gila"kan gadget elektronik nih. Seboleh-bolehnya, elakkan menyimpannya. Sebab sekarang ni macam-macam perkara tak terduga akan terjadi. Pada kita, memanglah takder hal. Tapi bagi individu yang terdesak, gian ataupun dah memang kerjanya mencuri, inilah masa untuk melaksanakan "projek" mereka.

5. Memasang sistem penggera keselamatan

Saya percaya kebanyakan anda memang dah pasang sistem penggera keselamatan ni. Apa yang lebih penting, pastikan ianya berfungsi bukan sekadar "action" jer. Jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan sistem keselamatan yang lebih efisien. Memang ler pencuri pun semakin bijak dan mampu mengatasi kecanggihan sistem keselamatan ni, namun sekurang-kurang akan melambatkan usaha mereka.

6. Langkah berjaga pada malam hari

Waktu malam ni anda perlulah lebih berhati-hati. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah:
a. Letak kereta anda di kawasan yang terang menerang atau sekurang-kurangnya ada lampu jalan.
b. Elakkan letak kenderaan di kawasan sunyi, jauh daripada laluan orang ramai ataupun kawasan hitam (banyak rekod kecurian).
c. Ataupun boleh letak di kawasan yang ada pengawal ataupun atendan. Keselamatan lebih terjamin sikit.

7. Jangan mudah percayai orang yang tidak dikenali

Biasanya anda akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk servis ataupun membaikpulih sebarang kerosakan. Kalau anda kenal dengan mekanik tu dan beliau boleh dipercayai, mungkin tak risau sangat. Tapi kalau waktu kecemasan (tetiba jer pulak buat hal), ni yang susah sikit. Terpaksalah cari bengkel terdekat yang tak pernah langsung anda dikunjungi.

Sebaiknya anda pantaulah kerja mereka. Manalah tau kalau-kalau diorang ambil kesempatan. Buat kunci pendua ker, rembat barang berharga dalam kereta ker dan macam-macam lagilah. Lagi satu, jangan senang-senang menyerahkan kunci kat jockey. Bukannya kita nak syak wasangka, tetapi beringatlah sebelum kena.

8. Mengukir nombor pendaftaran kat cermin

Sebagai langkah keselamatan, anda boleh mengukir nombor pendaftaran kat cermin pintu kereta anda. Kalau tak silap, yang gunakan teknik sandblasting tue.

9. Jangan lupa untuk berdoa

Rasanya bab nie kita seringkali terlupa. Pelbagai usaha dan ikhtiar dah kita buat. Maklumlah dah pasang sistem keselamatan canggih-manggih, "lock" sana sini dan siap upah pengawal lagi. Pendek kata, bab "security" memang tip top lah. Tapi masih ada gak yang kena curik. Isyhh...

Kalau tips-tips di atas ni masih juga diragui keberkesanannya, Panglima rasa eloklah dijual je kereta tu. Lebih baik tumpang je kat jiran sebelah ataupun menaiki pengangkutan awam. Kalau kena curi pun, bukannya kereta kita....
hehehe

4 comments:

  1. pencuri kereta tu macam kenal jeee?itu un.kamal kan???...

    ReplyDelete
  2. hehehe... betul tu iha. Uncle kamal tapi dia berlakon je ni

    ReplyDelete
  3. mak oi... bosanya konci den?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...