Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan
yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan
tradisional Islam. Menurut jangka waktu kononnya "Ma’unah" bermaksud
sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang
Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai
1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.
Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29
ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan
Malaysia. Kumpulan ini turut dianggotai seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia.
Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan
pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di situ dan melarikan senjata-senjata di kem tersebut.
Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan
kem tentera serta menggunakannya bagi merampas senjata. Kenderaan Pajero yang digunakan menyerupai kenderaan rasmi tentera dan menggunakan
nombor pendaftaran palsu.
Pada awal pagi 2 Julai 2000,
20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak
ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304
Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.
Mereka menyatakan ingin
mengadakan pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam
kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan
orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang
menggunakan nombor pendaftaran tentera. Mereka berjaya melarikan
sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG,
empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan,
lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan
mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah
pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus
peluru bom tangan berkaliber 40mm.
27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak.
Amin mengagih-agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut
kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di
dengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan
untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan
dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan
makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka
juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang
panah untuk menjayakan misi mereka.
Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik
untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan
dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah.
Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad
dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin
Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah
dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah.
Mereka memaklumkan bahawa mereka akan
menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi.
Sepanjang 4 hari menjadi tawanan, anggota pasukan keselamatan telah diseksa dan dianiaya.
Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan
sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada
sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu,
Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah
satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin
Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin
menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh
Jemari menembak Truper Matthews.
Pada pagi 5 Julai 2000,
seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh
pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya
bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut,
Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya
dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.
Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang
dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan
pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi
ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan
tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk
mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan
menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.
Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang
bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan
Jeneral Zaini Mohd Said,
komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak
dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah
tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan
pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.
Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM
menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah
mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak
bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan
tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin.
Berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara
Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak)
yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan
Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin
setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan
Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas
keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill)
Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas 69 Komando PGK Polis Diraja Malaysia.
Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut
menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas
PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan
oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut
membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup
Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh.
Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah
seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati
apabila beliau enggan menyerah diri.
Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang
minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala
Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya
kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul
Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di
pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang
dirampas daripada kem tentera.
No comments:
Post a Comment