Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

15 March 2011

Letupan Loji Nuklear Daiichi... Rakyat Malaysia dan Indonesia perlu berhati-hati

Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan telah berlaku di Reaktor 2 pada jam 6.14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario 'full meltdown' semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”?Apakah persediaan Rakyat Malaysia?
Apa jua keadaannya, rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa peka serta berhati-hati dengan keadaan ini. Tidak dinafikan Jepun terletak beribu-ribu kilometer namun faktor tiupan angin memungkinkan kesan radiasi sampai ke Malaysia.
Sekiranya berlaku hujan dalam jangkamasa terdekat, elakkan diri anda serta keluarga dari terkena hujan tersebut! Bersedialah untuk menghadapi hujan asid berkenaan yang kemungkinannya mempunyai radiasi. Elakkan titisan air mengenai kulit kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kulit terbakar, kehilangan rambut malah menyebabkan kanser!
Sampaikan amaran ini kepada semua, berdoalah kita semua kepada Allah agar terhindar dari bencana ini. Semoga radiasi tersebut terlerai segera serta tidak mampu untuk sampai ke Malaysia. Apapun kita seharusnya berwaspada dan bersedia, selebihnya kita serahkan kepada Allah.... 

1 comment:

  1. beruntungla orang2 yang matang bila berfikir, waras bila berkata2 & bertimbangrasa bila bertindak :)

    all the best !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...