SAN
FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Bencana ombak tsunami setinggi 0.5
meter melanda Teluk San Francisco di sini yang dirakamkan selepas ia
bergerak lebih 8,000 kilometer merentasi Lautan Pasifik, lapor sebuah
akhbar kelmarin.
Rakaman
itu menunjukkan gelombang kecil tsunami melintasi Jambatan Golden Gate,
13 jam selepas Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala
Richter Jumaat lepas.
Di
beberapa tempat di AS, tsunami yang lebih besar melanda bandar Crescent
di negeri California apabila ombak setinggi lebih dua meter memusnahkan
kawasan dermaga di bandar itu.
* laporan berita Agensi
No comments:
Post a Comment