Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

14 March 2011

Amboi... Dah 4,000,000 ke?

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) hari ini mengadakan satu majlis ringkas meraikan pengunjung ke 4,000,000 Muzium Samudera. Pengurus Besar PERZIM, Haji Khamis bin Haji Abas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan majlis ini diadakan bagi menghargai serta berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang telah menjadikan muzium-muzium di Melaka sebagai satu destinasi pilihan yang wajib ketika berkunjung ke Bandaraya ini.

terperanjat ketika terpilih sebagai pengunjung ke 4 juta
Jumlah pengunjung yang mengunjungi Kompleks Muzium Samudera telah mencapai angka ke 4,000,000 orang semenjak mula beroperasi. Muzium yang dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad pada 13 Jun 1994 merupakan antara muzium yang mempunyai pengunjung teramai bukan sahaja di Melaka malah di Malaysia. Angka ini merupakan satu jumlah yang besar sekaligus membuktikan bahawa muzium merupakan satu lokasi unggul yang sering mendapat tempat di hati para pengunjung. 

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM, Datuk Hj. Azis bin Abd. Ghani, seorang pengunjung bertuah, En. Musa bin Baharuddin(51) dari Kuala Kangsar, Perak bertuah apabila diumumkan sebagai pengunjung ke 4,000,000  Muzium Samudera. Beliau bersama isteri Puan Norhayati Mohd Shah (46) serta anak beliau Alia Najwa bte Musa (11) terpinga-pinga mendengar paluan kompang dari warga PERZIM sebaik sahaja membeli tiket untuk melawat Muzium Samudera. Beliau menerima cenderahati dari Datuk Hj. Azis bin Abd. Ghani berupa cenderamata khas, hamper, sijil ,buku-buku terbitan PERZIM serta tiket percuma sumbangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka. Apa yang menariknya beliau turut menerima pas istimewa PERZIM yang membolehkan beliau masuk percuma ke semua muzium di Melaka selama 4 tahun sehingga 2015.  Beliau yang pertama kali mengunjungi Melaka nyata terpesona dengan keindahan di Bandaraya ini serta produk-produk tarikan pelancong yang terdapat di sini. 
 
’Ini adalah kunjungan pertama bersama anak saya, Alia ke Melaka. Saya tidak menyangka terpilih sebagai pengunjung ke 4,000,000 muzium ini. Terima kasih kepada Perbadanan Muzium Melaka di atas penghargaan ini ,’ ujar En. Musa lagi sambil memberitahu percutian 4 harinya ke Bandaraya Melaka menjadi lebih indah kini dengan penghargaan yang diterimanya.
 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...