Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

17 March 2011

Botol Susu PolyCarbonate Bahaya

Belum terlambat rasanya untuk kami memaklumkan kepada para ibu dan juga bakal ibu supaya tidak membeli atau menggunakan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ianya boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.
Menurut kajian penyelidik bebas, BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.
Untuk info, Botol susu bayi polikarbonat adalah bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan OTHER


BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
Pic: PUADEDE.COM
Dalam hal ini, sebagai pengguna, anda boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA (dilabel dengan perkataan BPA Free) mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sebagai rujukan:
BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT
Sila share artikel ini jika anda prihatin.

* dipetik dari zonbebas.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...