Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

03 March 2011

Amerika buat sibuk lagi...

 
Dunia sedang memerhati dengan minat perkembangan di Libya. Bukan sahaja sebahagian besar rakyat Libya meminta pemimpin diktator Muammar Gadaffi berundur dari tampuk pemerintahan Libya, malah seluruh rakyat dunia pun mahu beliau berbuat demikian. Secara umumnya, tidak akan ada orang yang suka dengan pemerintahan pemimpin diktator.Dalam keghairahan dunia ingin menghumbankan diktator Muammar Gadaffi, Amerika seperti tidak sabar-sabar. Belum pun sampai 15 hari rakyat Libya bertarung dengan Gadaffi dan kuncu-kuncunya, Amerika telah mula merancang untuk membantu menjatuhkan Gadaffi, termasuklah langkah sekatan, pembekuan harta dan menghantar armada perangnya ke Libya.

Sikap angkuh Amerika yang membelakangkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pertubuhan serantau sangatlah menjijikkan. Amerika  menganggap dirinya sebagai polis dunia selalu bertindak tanpa memperdulikan undang-undang antarabangsa.

Amerika selalu bertindak cepat terhadap negara-negara Islam, seperti yang kita lihat sebelum ini kepada Iraq dan Afghanistan. Tetapi sebaliknya tidak apa-apa tindakan yang diambil oleh Amerika terhadap negara Israel yang melakukan keganasan. Itulah sikap ‘double standard’ polis dunia ini.

Kita mahu demokrasi dilaksanakan di bumi Libya tetapi kita tidak mahu Amerika yang menentukan masa depan Libya.

Di manakah badan OIC? Suaranya hampir tidak kedengaran untuk menegur tindakan kurang ajar Amerika itu. Sepatutnya IOC lah badan yang patut berada di barisan depan bila berlaku campurtangan negara luar terhadap negara Islam.

Mungkinkah pemimpin-pemimpin negara Islam sekarang ini tengah sibuk hendak mengalihkan harta-harta mereka yang bertimbun ke luar negara, kerana mereka tengah menunggu masa dan giliran untuk dihumban oleh rakyat negara mereka sendiri?

Kebetulan sekarang ini rakyat di negara-negara Islam khususnya negara-negara Arab sedang bangkit dan giat hendak menggantikan pemimpin monarki, autokratik dan diktator yang selama ini merintah m
ereka.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...