Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

12 February 2011

Mesir disinari kegembiraan...




PARA penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – REUTERS
















KAHERAH 11 Feb. – Penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan di seluruh Mesir bersorak kegembiraan dengan berita peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak yang sekali gus mengakhiri pemerintahan autokratik selama 30 tahun oleh diktator tersebut.


Orang ramai melaungkan ‘Allahu akbar’ sejurus selepas Naib Presiden, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Mubarak pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (12 tengah malam ini waktu Malaysia) serta penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.


Presiden itu akhirnya tunduk kepada desakan rakyat selepas satu perhimpunan disertai lebih sejuta rakyat dilancarkan hari ini, setelah penunjuk perasaan berang dengan kenyataan Mubarak yang enggan berundur dalam satu kenyataannya malam tadi.

Di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan menzahirkan rasa gembira mereka dengan membunyikan hon dan mengibarkan bendera sebagai tanda kemenangan selepas lebih dua minggu melancarkan protes.
Dataran itu menjadi lokasi penting sepanjang tunjuk perasaan berlangsung sejak akhir Januari lalu.

“Rakyat di sini tidak kisah sama ada Mubarak berada di Istana Presiden atau tidak. Kami hanya mahu beliau meletak jawatan.

“Beliau perlu tinggalkan negara, tuntutan kami sangat jelas. Kami mahu keseluruhan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) dibubarkan,” kata Mohammed Hamdan, 40, yang bekerja dengan sebuah syarikat minyak ketika menyertai tunjuk perasaan di Istana Presiden, Kaherah, hari ini.

Peletakan jawatan itu turut disambut gembira anggota tentera yang bertugas mengawal keselamatan di jalan-jalan apabila sebahagian daripada mereka dilihat menanggalkan uniform bagi bersama-sama menyertai penunjuk perasaan.

Kira-kira sejuta penunjuk penduduk berhimpun di sekurang-kurangnya tiga bandar utama iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez dalam satu protes prodemokrasi terbesar hari ini, beberapa jam selepas Mubarak mengumumkan beliau akan terus mengekalkan jawatannya sehingga September ini.

Penunjuk perasaan berarak ke Istana Presiden di Kaherah selepas berang dan marah dengan kedegilan Mubarak yang enggan berundur dalam satu pengumuman yang dibuat awal pagi ini. 

* dipetik dari AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...