Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

17 February 2011

VAT 69 (Very Able Troopers 69) - Pasukan Elit Malaysia




















Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. 

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.
Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.
 Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar.
Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi gelung yang dipegang jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. 

Objektif penubuhan disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

Sebagai pasukan elit PPH; VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih embrio awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas dinegara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.
 
Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan , unit ini dikenali sebagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69) 

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Salah seorang anggota Komando 69 bersiap sedia untuk menggempur musuh.

Lambang


Motto : Warisan Darah Perwira
Hitam
Simbolik kepada penugasan Komando 69 dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah
Melambangkan keberanian bagi perajurit-perajurit Komando 69
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit
Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap

   Latihan


Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan individu yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.

Payung Terjun

Pasukan payung terjun Komando 69 bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Para Komando 69 bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, Komando 69 juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.

Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih Komando 69 sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.

Menyelam

Keanggotaan lain yang diterapkan dalam Komando 69 adalah menyelam, separuh dari anggota Komando 69 mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota Komando 69 berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.
Keputusan Komando 69 untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota Komando 69 juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.
  
Kelengkapan

Pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.

Data Persenjataan Khas
Pistol Senapang Patah SMG/PDW Raifal/Karbin Penembak Tepat Mesingan Grened
Beretta M92F/S1 Remington M870 HK MP5A3 Colt M16A1 Acc-Int. PM M60E1 M79
Browning HP Mk.3 Remington M1100 HK MP5-K HK 331 HK G3/SG-1 HK 11A1 M203
Colt M1911A11 Winchester M12 HK MP5SD2 Steyr AUG A2 HK 33 Sniper1
Grened Kuasa Tinggi
Glock 19 Franchi SPAS 12 HK MP7 PDW HK 416 Sig SSG 2000
Grened Cahaya
HK P9S Franchi SPAS 15
HK G36C Remington 700
Grened Asap
Sig Sauer P226





Steyr M-9





Vektor SP1





Yavuz 16 Compact





Pistol Colt M1911A1 berkaliber .45 ACP buatan Amerika Syarikat pernah digunakan oleh para pegawai tentera British, askar Melayu dan pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Polis Diraja Malaysia) semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat di Tanah Melayu. Manakala Beretta M92F/S digunakan oleh Komando 69, UTK dan Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1970an semasa penugasan menentang pengganas komunis. Apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem persenjataan terbaru yang terdiri daripada jenis Glock, Sig Sauer dan Steyr pada tahun 1980an, Beretta dan Colt telah dihentikan perkhidmatannya, tetapi hanya 1% pegawai dan anggota sahaja yang masih menggunakannya terutamanya dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Persenjataan, malahan Cawangan Battalion Perisikan 165 Angkatan Tentera Malaysia juga turut menggunakannya. Manakala raifal HK 33 dan HK G3 dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990 dan digantikan dengan raifal Colt M4A1, HK G36C, HK MSG 90 dan HK PSG-1 sebagai senjata utama.

Kelengkapan

  • Alat Pandang Malam (Night Vision Goggle, NVG)
  • Pejera Laser
  • Pejera EO Tech
  • Ves Kalis Peluru

Sumbangan, Kejayaan dan Pencapaian 

Dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan operasi khas, menghadapi insurgensi, Krisis jenayah berat, bencana, sebagai ‘last resort’ dan ‘Final option’ dalam apa jua tugas yang tidak mampu dilaksanakan oleh unit ‘regular’ lain. Kejayaan dan pencapaian unit ini boleh dibahagikan kepada 6 bidang operasi.

- Pertempuran di hutan

- Menentang jenayah berat dan penculikan

- Menentang lanun di perairan

- Mencegah rusuhan yang bertukar menjadi krisis

- Tugas mengiring dan mengawal keselamatan VIP

- Mencari dan menyelamat.

Pasukan elit Komando 69 dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah, khasnya UTK.

Statistik Pertempuran                

- Pertempuran dengaan pengganas komunis – 50 kali.

- Pengganas dibunuh – 36 orang

- Pengganas ditawan – 82 orang

- Pengganas dicederakan – 34 orang

- Senjata pengganas yang dirampas – 372 laras

- Bom-bom yang telah dirampas – 203 set

- Khemah pengganas yang berjaya ditawan - 84 buah

- Tempat rehat pengganas dijumpai – 236 tempat

Kejayaan yang ditempa 69 komando dalam pertempuran di hutan adalah sangat membanggakan. Kejayaan menangkap hidup-hidup seramai 82 orang pengganas adalah rekod tertinggi dikalangan unit komando di seluruh dunia.

Kejayaan melancarkan ‘delibrate ambush’ dalam ops Indera XII di Bentong yang menumpaskan 9 orang pengganas tanpa sebarang bencana di pihak sendiri juga merupakan catatan yang membanggakan unit. Walau bagaimanapun 69 komando telah kehilangan 6 wira mereka dihujung senjata musuh dan jerangkap samar sepanjang penglibatan mereka dalam operasi pertempuran hutan ini. 

Operasi Jenayah Berat dan Penculikan

Setelah Parti Komunis Malaya meletakkan senjatanya pada tahun 1989, 69 komando mula beralih arah menggunakan kemahiran tempurnya membantu pihak ‘Special Branch’ menentang penjenayah bersenjata di Bandar dan situasi tebusan.

Catatan pencapaian 69 komando dalam tugas berkenaan adalah seperti berikut :

- Jumlah gerakan – 31

- Penjenayah yang dibunuh – 15 orang

- Penjenayah yang ditangkap – 35 orang

- Senjata api yang dirampas – 23 pucuk Pistol, 3 raifal, 2 submesingan, 31 butir bom.

- Jumlah dadah yang dirampas – 427 kg Ganja

- Hasil rompakan yang dijumpai – melebihi RM 1 juta

- Tebusan yang dibebaskan – 3 orang.

Salah satu kejayaan terbesar 69 komando ialah dalam 'ops subuh' di mana pegawainya telah berjaya menyusup masuk ke kubu Kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalek dan telah merampas  kembali beratus-ratus pucuk senjata milik Angkatan Tentera. Mereka juga berjaya menyelamatkan 3 orang tebusan. Pegawai berkenaan mengambil masa lebih 2 jam memujuk kumpulan berkenaan kemudiannya bersetuju menyerahkan dirinya kepada pihak tentera.

19 November 1985 - Unit anti-pengganas Komando 69 bersama seluruh formasi PDRM didalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.
Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan Komando 69 telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.Rekod cemerlang operasinya di perairan Sabah mencatatkan :-

- Jumlah gerakan – 2

- Jumlah lanun dibunuh – 3 orang

- Jumlah lanun yang ditangkap – 23 orang

- Senjata yang dirampas – selaras raifal AK 47, Selaras raifal Garrand, Selaras Shotgun dan 5 pucuk pistol.

Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun.  Pasukan Komando 69 yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah, serta melancarkan 'ops Rambo' pada tahun 1994. Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
29 Jun 1994 - Unit Tindakan Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.
Mencari dan Menyelamat

- Operasi menyelamat mangsa nahas udara sebanyak 3 operasi termasuk Ops Piper di Genting Bidai di kawasan Janda Baik

- Operasi menyelamat mangsa tanah runtuh tertimbus sebanyak 5 kali dan berjaya menyelamatkan mangsa seramai 5 orang.

- Operasi menyelamat dan mencari mangsa lemas sebanyak 6 kali dan seramai 12 orang dijumpai.

Sukan

- Johan Marlboro Adventure Team pada tahun 1996 dan 1997

- Muncul juara Asia dan mendapat tempat kelima dunia dalam iron man echo challenge international di Hong Kong.

- Menjuarai dan mengungguli echo challenge international di Taiping.

- Mewakili PDRM dan menjuarai pertandingan mendaki Gunung Tahan dan Orienteering. Pasukan yang diwakili oleh pegawai dan anggota unit sering muncul juara atau mencapai keputusan yang memberangsangkan samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

- Dalam sukan payung terjun, pasukan PDRM yang diwakili unit ini telah membolot tempat pertama acara kebangsaan 4 kejohanan berturut-turut. Di peringkat antarabangsa , pasukan ini mencatatkan keputusan membanggakan dalam acara canopy formation.

- Dalam pertandingan menembak pula, 3 tahun berturut-turut menjadi juara keseluruhan pertandingan tembak di International Full Bore Challenge LISRAM Langkawi dan 5 orang penembak ini dipilih mewakili Negara dalam acara tersebut.

7 comments:

  1. UTK tidak terlibat dengan operasi menentang pengganasa komunis dan tidak pernah terlibat dalam mana-mana pertempuran dengan pengganas komunis. Perlu di perbetulkan, UTK tidak pernah terlibat dengan mana-mana operasi memburu pengganas komunis, UTK belum lahir ketika itu, jangan seleweng fakta sejarah....banyak beza antara VAT 69 dengan UTK umpmana bumi dengan langir...

    ReplyDelete
  2. membantu pihak ‘Special Branch’ menentang penjenayah bersenjata di Bandar dan situasi tebusan. Maklumat ini tak betul, kelentong....‘Special Branch’ tak terlibat dengan aktiviti jenayah...hanya JSJ [CID]...‘Special Branch’ menjalankan tugas perisikan.....penulis you kena belajar lagi,,jangan uat silap,,,malu....

    ReplyDelete
  3. wawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww hebat gila

    ReplyDelete
  4. komen kat atas ade ckp sedikit penyelewengan info..tp apa pun sy bgga..dgn kes lahad datu,hrp wira wira kita bjaya mopping them out.salute!

    ReplyDelete
  5. saya membesar dari keluarga vat69,bangga dgn pencapaian vat 69...tp skg vat69 tidak spt dlu...kurang digeruni..dlu anggota vat69 sgt merendah diri...skg sume menunjukkan diri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...