Berbahayakah para penunjuk perasaan yang sedang bersembahyang? Hosni Mubarak sememangnya wajar digulingkan...
Isu hangat kini ialah Revolusi di Mesir yang menarik
perhatian dunia terutama dunia Islam kerana Mesir merupakan negara
gedung ilmu Islam sekarang ini kerana terletaknya Universiti Al-Azhar
iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang paling ulung dan menjadi impian
dikalangan pelajar yang berjaya lulus peperiksaan STAM (Sijil Tinggi
Agama Malaysia) .Universiti Al-Azhar diasaskan oleh puteri Rasulullah
SAW iaitu Fatimah R.A. Nama Al-Azhar adalah dari gelaran Fatimah
dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar).
Walaupun begitu, Mesir pernah mencatat sejarah hitam dunia Islam.
Kita masih masih ingat pada tahun lepas, kerajaan Mesir yang dipimpin
oleh Hosni Mubarak membina tembok di sempadan Palestin untuk mengelakkan
rakyat Gaza untuk masuk ke Mesir kerana melarikan diri dari kekejaman
tentera Zionis.
Lebih menyedihkan rusuhan anti-Mubarak ini sudah menjadi perang
saudara seagama dengan penyokong Pro-Mubarak. Kumpulan pro-Mubarak
bangkit melawan anti-Mubarak selepas Hosni Mubarak menegaskan hidup
matinya adalah di Mesir .
Jiran mereka Israel tentulah tersenyum lebar kerana apabila mereka
lemah,mudahlah mereka untuk menyusup masuk. Mereka dengan proxy mereka
iaitu Polis Dunia – Amerika Syarikat dijangka akan turut masuk jarum.
Dengan revolusi kebangkitan rakyat untuk mengjatuhkan rejim Hosni
Mubarak yg dilihat akan berjaya. Mereka lantas secepat kilat mencanang
calon mereka El-Baradei sbg calon pengganti Hosni Mubarak.
Pada 2 Feb 2011 yang lau satu pertempuran terjadi antara kumpulan
pro-Mubarak dengan kumpulan Anti-Mubarak.Kumpulan rusuhan pro-Mubarak
telah menyerang kumpulan anti-Mubarak dengan menaiki kuda dan cemeti
yang menyebabkan lebih 100 orang cedera parah akibat pertembungan itu
yang mana mereka saling melempar batu.
Tentu anda masih ingat lagi betapa susah payahnya kita serta saudara Islam seluruh dunia cuba menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Palestine melalui laut yang akhirnya digagalkan oleh Israel. Seluruh dunia mengutuk Israel yang dianggap sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan?
Bagaimana pula dengan Mesir yang menutup sempadan mereka kepada Palestine? Terlupakah kita bahawasanya Mesir sebagai negara Islam sebenarnya lebih kejam dan zalim lagi berbanding Zionis?
allah hu akbar
ReplyDeleteaku benci kat mesir ni dah lama dah. aku anggap mereka yang terkorban tu syahid kerana berjuang menentang pemerintahan kerajaan mesir yang bermuka-muka
ReplyDelete