TERTANGKAP... pasangan (duduk) dicekup berkhalwat dalam bilik hotel bajet, malam kelmarin.
GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.
Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.
Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.
Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.
Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.
Ketika serbuan itu, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Baru itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila pintu bilik dikepung sambil mengakui dia tidak beragama Islam dan gadis berkenaan pula sedang khayal,” katanya.
Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut sebelum lelaki bukan Islam itu dibebaskan.
* dipetik dari Melayukuhebat
hot gak mamat tu ahaks
ReplyDelete