Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

12 February 2011

Mengenali Michel de Notredame (Nostradamus)


Siapakah Sebenarnya Nostradamus dan sedikit kisah hidupnya serta beberapa ramalanya yang telah terjadi. Dinyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa aku bercerita tentang Nostradamus dan ramalannya kerana perasaan ingin tahu ekoran banyak ramalannya yang benar-benar terjadi. Namun bagi seorang Muslim, tiada yang sebenar-benarnya melainkan dari al-Quran dan hadis sahaja. Apa yang di tulis disini sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan am.
Cukuplah sekadar mengkaji dan memahami apa yang ingin di sampaikan beliau. Di harap, aku dan korang tidak terlalu percaya kepada ramalan beliau sehinggakan kita membelakangi al-Quran. So, siapakah Nostradamus? Nama sebenar beliau ialah Michel de Notredame, lahir pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi daripada datuknya.
Sepanjang hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-yat yang agak membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata yang penuh misteri.

Mengikut datuknya, beliau turut menjadi doktor apabila sudah dewasa. Beliau banyak menggunakan ubat-ubatan dari alam semulajadi dan memperkenalkan kaedah selimut yang bersih dan udara segar untuk merawat pesakit. Ketika itu Eropah sedang di landa satu wabak sehinggakan zaman itu di panggil The Black Plague atau Le Charbon. Nostradamus ketika itu bijak merawat pesakit yang terkena wabak itu kerana di katakan beliau telah melihat kaedah rawatan masa depan yang canggih dan teratur melalui kemahiran melihat masa depannya. Sebagai contohnya, salah satu quatrain beliau di tulis seperti di bawah:
“The lost thing is discovered, hidden for many centuries.
Pasteur will be celebrated almost as a God-like figure.
This is when the moon completes her great cycle,
but by other rumors he shall be dishonored.”


(The Centuries I, Quatrain 25)
Maksudnya:
“Barang yang hilang ditemukan, tersembunyi selama berabad-abad.
Pasteur akan disanjung tinggi seperti dewa.
Pada saat bulan melengkapi bulatannya yang besar,
Tapi dengan desas desus lain, ia akan tidak dihormati.”
Dalam Quatrin diatas, beliau menyebut nama Pasteur (Louis Pasteur), 4 abad sebelum kelahiran ilmuan tersebut dan beliau juga turut menyebutkan tempoh waktu kejadian tersebut. Mengikut kajian astrologi, “bulatan besar bulan” terjadi dalam tempoh antara 1880 dan 2535. Louis Pasteur membuka institut terkenalnya di Paris pada tahun 1888. Penemuan Pasteur tentang penyakit berjangkit dari kuman dan bakteri telah mengubah masa depan bidang kedoktoran. Selain pasteurisation, beliau juga menemui kaedah vaksin. Namun, pengamal perubatan ketika itu banyak menentang penemuan Pasteur ini dan mencoba menggagalkannya dengan menyebarkan desas-desus atau khabar angin yang tidak baik seperti yang telah diramalkan oleh Nostradamus pada ayat terakhir Quatrinnya diatas
Pada 1 Julai 1566 seorang pembantunya telah masuk ke dalam bilik Nostradamus untuk mengucapkan selamat malam dan Nostradamus hanya menjawab “Kamu tidak akan menjumpaiku lagi setelah matahari terbit esok”. Tepat seperti apa yang di ramalkannya, pagi itu beliau meninggal akibat penyakit gout yang amat teruk. Mayat Nostradamus dikuburkan dalam posisi berdiri, di dalam lubang pada dinding Gereja Cordeliers. Setelah lebih 1 abad mayatnya dikuburkan di Gereja Cordeliers, mayat beliau dipindahkan ke gereja St. Laurent atas faktor keselamatan. Ramai yang ingin mendapatkan mayatnya kerana di percayai kod atau kunci untuk memecahkan ramalannya tertanam sekali dengan mayatnya.
Semasa proses pemindahan, pekerja yang bertanggungjawab membuka peti mayat Nostradamus terperanjat besar apabila dia menjumpai rantai medal yang tertulis ’1700′ di badan mayat itu. 1700 adalah tahun pada waktu itu iaitu 134 tahun selepas Nostradamus meninggal dunia. Kelihatan Nostradamus sendiri tahu bilakah mayatnya akan di pindahkan dan di meninggalkan medal yang bertulis ’1700′ sebagai petunjuk. Walaupun sudah mati, Nostradamus tetap bermain dengan ramalannya!

*dipetik dari MacJay.Net

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...