CHIN Peng
atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No
36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang
didokongnya banyak menumpahkan darah.
Tidak sedikit air mata yang
mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam
dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat
(1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di
estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda
dan tanaman mereka dimusnahkan.
Pastinya perajurit tanah air yang
berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan
kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman
itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.
Manja Mohd Ludin
dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990)
mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera.
Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup
hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh ,
1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis
adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.
Elok rasanya
kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita.
Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an.
Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama
dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh,
kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai
kaum Cina.
Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran
Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan
Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan
Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.
Kelas
malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran
fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan
di bawah pengaruh Communist International TradeUnion Organisation
(Profintern). General Labour TradeUnion’ di Singapura turut dipengaruhi
komunis.
Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar
1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap
utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern,
maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap
pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935,
pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala
Lumpur.
Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan
bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah
Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin
kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus
berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius
apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta
mengawal pengurusannya.
Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju
menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja
yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun
menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan
British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).
Sentimen
anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan
Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas
tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang
Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman
dan kekejaman.
Apabila British kembali pada awal September 1945
dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades
Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat
hampir 300 pemogokan didalangi komunis.
Pada 1947, Chin Peng
dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan
revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM
mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Perjuangannya
bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta
menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan
kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan
meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama
Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).
Pada November 1957 Persidangan
International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai
parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah
Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan
Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu
Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul
Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu
dalam perjuangan fahaman kiri ini.
Untuk mempengaruhi orang
Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu
seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan
Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.
Aktivis
Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang
Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI
(1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi,
Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke
Singapura dan Pulau Pinang.
Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah
hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad
II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba
membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui
kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ulama menolak perjuangan mereka.
Sekitar
1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan
beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar
1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke
atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara,
Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo
Chong Kong (1975).
Tugu Negara juga turut dibom pada 1975.
Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di
antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember
1989.
1. Pada 13 Dis 1948, pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, Selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.
2. Pada 21 Sept 1949, pengganas komunis di daerah Plentong, Johor Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan thn ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.
3. Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.
4.
Pada 12 Ogos 1949, pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany,
Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya
terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.
5. Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.
IDEALOGI KOMUNIS
Adunan
pemikiran Marxism-Lenisnism menghasilkan apa yang dinamakan komunisme.
Ia adalah satu fahaman yang bercanggah dengan fitrah manusia.
Ideologinya bersifat atheist iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
Bagi Komunisme, materi (benda) adalah hakikat segala kepercayaan. Ia
menjadi asas pemikiran komunis. Ideologi komunis pada hakikatnya membawa
”kesedaran palsu” kepada manusia kononnya keadilan dan kesamarataan
hanya mampu diberikan oleh komunisme.
Komunisme dikepali oleh W.I.Lenin, sejak tahun 1917 telah menjadi kekuatan politik dan ideologi international. Apabila revolusinya di Jerman gagal dan tidak diterima oleh Eropah maka ia menjadikan Asia sebagai kawasan untuk menyuburkan fahaman komunis. Ideologi komunis mula menyerap masuk dibeberapa negara Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu pada sekitar 1920-an.
Perjuanganya bersifat keras@pendekatan revolusi bersenjata. Padanya, kekerasan atau revolusi adalah satu-satunya jalan untuk membentuk satu masyarakat komunis yang kononnya dapat menebarkan kemakmuran negara secara adil. Segalanya milki negara dan tidak ada pemilikan individu. Jelas bahawa asas pemikiran dalam persoalan milik harta bercanggah dengan ajaran Islam dan demokrasi.
Siapa yang tidak pernah mendengar tentang Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan komunis Malaya, terkenal dengan gelaran Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu selam 14 hari selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1946. Dalam masa tempoh sesingkat itu pelbagai bentuk penyiksaan, kezaliman dan keganasan bermaharajalela di negara kita dek kerana angkara dan kejahatan komunis.
Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, kebanyakan orang Cina menyertainya kerana benci akan Jepun ekoran permusuhan China-Jepun ketika itu. Jepun menjadikan mereka sebagai sasaran kekejaman. Memang ada orang Melayu yang menyertainya tetapi sedikit. Tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya adalah disebabkan tertipu dengan permainan dan tipu daya licik PKM.
Selepas tamat perang dan Jepun menyerah kalah, perjuangan Komunis bertukar haluan untuk mewujudkan negara Komunis Tanah Melayu. Memang itupun agenda komunis yang menerima arahan dari Komunis antarabangsa (Comintern). Mereka berselindung di sebalik slogan pembebasan nasional.
Adakah benar ideologi komunis sudah berkubur di negara ini sebaik sahaja Perjanjian Damai antara PKM dan kerajaan Malaysia yang diadakan di Haadyai pada 1 Disember 1989? Semasa sidang media selepas majlis perjanjian tersebut, Chin Peng yang ditanya wartawan berkata bahawa PKM hanya meletakkan senjata bukannya membubar PKM. Chin Peng mengaku bahawa fahaman komunis adalah ideologi anutannya. Beliau tidak mengisytiharkan bahawa dia telah membuang secara total ideologinya.
Malah dalam buku Chin Peng My Side Story mempamerkan kebanggaannya terhadap ideologi tersebut.

HUH.. CHIN PENG PUNYA CHIN PENG..!
ReplyDelete