Kemeriahan Pesta Permainan Tradisional Warisan Negeri Melaka 2011 anjuran
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) turut diserikan dengan Pertandingan Makeover
dan Photoshoot D’Apple Busana & Bridal. Pertandingan mencari
kreativiti tatarias dan solekan menerusi tema ’Wedding, Scary and Fantasy’ dijayakan
dengan kerjasama Butik D’Apple Busana & Bridal dan Kelab Rakan Muda Tangga
Batu, Melaka. Seramai 60 orang peserta menyertai pertandingan ini yang terdiri
dari jurusolek, jurufoto dengan penampilan model mereka masing-masing.
Pengurus Besar PERZIM, Tuan Haji Khamis bin Hj. Abas menjelaskan
pertandingan berkenaan sebagai sebahagian dari Program Pesta Permainan
Tradisional Warisan Negeri Melaka yang bertujuan menarik kunjungan masyarakat
ke sekitar Kompleks Warisan Melaka.
’Pelbagai acara diadakan bagi menjadikan kunjungan orang ramai ke Bandaraya
Warisan Dunia ini terutamanya ke muzium-muzium adalah cukup bermakna’, ujar
beliau.
Pertandingan solekan wajah secara terbuka ini ternyata berjaya mencuit hati
para pelancong. Orang ramai berebut-rebut mengambil kesempatan bergambar
bersama para model terutamanya mereka yang membawa watak menyeramkan dengan
solekan yang menakutkan.
Haji
Khamis kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang sambil memaklumkan
bahawa PERZIM akan menganjurkan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang
kelak melibatkan muzium-muzium di sekitar Banda Hilir.
HANTU PUNYA HANTU...
ReplyDeletewahhh my talent pun ada..tQ mua je x naik huhu
ReplyDelete