Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

26 August 2011

Cheryl Chew peluk agama ISLAM


SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam. Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam. Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah [Facebook Cheryl]

Alhamdulillah... pada masa umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan isu penghinaan terhadap Islam yang dilakukan beberapa individu dan kumpulan terutamanya Sitt Al-Wuzara dan konco-konconya serta isu murtad yang berleluasa di kalangan umat Islam, kita mendapat perkhabaran gembira ini. Sesungguhnya Allah yang maha berkuasa. Berita ini semacam satu perkhabaran gembira untuk kita semua di sebalik kebimbangan berkenaan isu ini. Semoga lebih ramai lagi individu bukan Islam mendapat petunjuk dan hidayahnya... Insya Allah 
* kredit gambar kepada milosuam.blogspot.com

2 comments:

  1. ALHAMDULILLAH... BERTAMBAH LAGI ORANG ISLAM DI MUKA BUMI INI...

    ReplyDelete
  2. Bukan kita mahu kuantiti tetapi kualiti. hanya orang yang bertaqwa kepadaNya diterima oleh Allah swt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...