Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

13 August 2011

GaySec mohon MAAF kepada Arlene Tan, Makcik Hajjah Sitt A-Wuzara TERSENYUM RIANG


GaySec
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. 

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).

sumber : http://www.gaysec.org/action/viewnews/maaf-gaysec.txt

Isu tersalah orang adalah perkara biasa. Maka setiap kesalahan perlu disusuli dengan memohon maaf. GaySec telah pun memohon maaf atas kesilapan yang mereka lakukan. 


Wadah Panglima turut mengambil peluang ini memohon maaf kepada Arlene Tan di atas penyiaran maklumat yang salah selama ini. 

Namun kami juga ingin agar Arlene Tan turut memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Memang Arlene Tan bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara namun Arlene Tan juga dilihat bersekongkol serta serba sedikit memainkan peranan ketika Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara menempelak dan menghina Islam. Sekurang-kurangnya langkah ini dapat menyumbang ke arah keakraban dan keharmonian dalam masyarakat.

Namun masalah utama kita ialah siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenarnya? Inilah punca segala keributan namun malangnya dia terus selesa dan masih menghentam dan menghina Islam. Nampaknya masalah ini masih tidak selesai...    

2 comments:

  1. makcik ni bergerak secara berkumpulan....walaupun arlene tan bukan salah seorang drpd nyer....sekurang2 nyer... gaysec telah berjaya memperkenalkan kpd kita suma siapa arlene tan sebenarnya....nak tahu sapa dia...gi lah baca tulisan2 dia dlm FB athiest melayu dan webpage dia sendiri purplepearl creek....tulisan2 dia walaupun tak se"brutal" makcik..tapi masih lagi menikam ISLAM....so..apa JAKIM nak buat nga org cam ni...itu baru arlene...geng2 dia ramai lg

    ReplyDelete
  2. salam,,tak kemana mereka yg menghina agama suci islam ini,,,mereka mmg puas sbb menyakitkan hati umat islam,,tp mereka hati sentiasa gelisah,sy percaya mereka yg menghina agama islam ini sentiasa di selubungi keresahan,di timpa musibah dn tak aman hidup mereka,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...