Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

14 August 2011

Isu MURTAD yang semakin KRITIKAL di Malaysia


Isu sebegini sebenarnya sangat serius. Serius sehingga anda akan berasa sangat terkejut kalau anda seorang yang bersensiviti tinggi terhadap Islam. Adakah sebenarnya isu murtad di Malaysia hanya suam-suam kuku dan terdapat satu dua kes sahaja? Kini perlembagaan yang menyebut hak kebebasan beragama di Malaysia sudah menjerut leher umat Islam sendiri. Ya, aku sangat benci loopholes dalam undang-undang. Tapi selagi mana ianya adalah undang-undang manusia, maka kelemahan bakal terlihat di situ di mana pihak yang berkepentingan akan menggunakan kelemahan ini sebagai senjata mereka menghancurkan kita.

Sebenarnya isu murtad tidak harus hanya melihat kepada penukaran dari Islam kepada agama lain sahaja. Sepertimana isu Aishah dan Lina Joy yang menganut Kristian. Tapi isu murtad juga harus dilihat kepada aliran pemikiran songsang yang boleh menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam. Pendapat-pendapat yang menghina Islam, Allah dan rasulnya. Ini adalah kerana pengaruh daripada fahaman sekularisme, liberalisme, rasionalisme dan juga feminisme.

Kalau hari ini seorang umat Islam di Malaysia melahirkan seorang bayi yang secara automatiknya Islam, tapi jangan sangka pada masa akan datang bayi itu bakal mati dalam agama lain atau lebih teruk mati dalam keadaan tidak beragama. Yang semasa hidupnya mencaci maki agama dan lebih teruknya adalah agama Islam. Aku tak mahu tanya mengapa kerana bakal ada pihak yang mengaitkan isu sebegini dengan politik. Bila jadi isu politik tidak lain hanya menuding jari sesama sendiri padahal tak sedar diri sesama sendiri adalah Islam.

Baru-baru ni heboh pasal seorang individu makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan telah membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad dan Islam secara terang-terangan  di laman facebook, twitter dan blog milik beliau. Beliau juga menyiarkan video-video yang menghina Islam yang diambil dari sumber-sumber ekstrimis Kristian. Dan dari apa pemerhatian dan siasatan, aku tak nampak bahawa beliau ini adalah seorang yang menganut Kristian ataupun lain-lain agama. Beliau hanya seorang yang aku kira Liberalis atau rasionalis yang sebenarnya tidak berpuas hati dengan hukum Islam yang melarangnya dari melakukan itu dan ini. Oleh sebab itu serangannya hanya bertumpu kepada Islam dan menghina norma-norma Islam yang mana beliau kira  sebagai menyekat hak asasi manusia.

Seperti yang pernah aku lontarkan, sebenarnya golongan seperti ini melancarkan serangan terhadap Islam adalah kerana sangat suka dengan hedonisme dan pada masa yang sama masih percaya yang Islam itu benar. Akan tetapi tidak berpuas hati dengan larangan Islam lalu membuat serangan terhadap norma dan hukum hakam Islam bagi menghalalkan suatu kemungkaran yang mereka mahu buat atau supaya orang lain percaya dan boleh menerima tanggapan songsang mereka terhadap Islam. Kaedah pemikiran rasional dan liberal digunakan bagi mempengaruhi agar pendapat ini boleh diterima. Lama-kelamaan mereka akhirnya sesat. Serangan yang dibuat lebih berani, bersifat menghina dan boleh dikatakan terkeluar dari agama Islam. Dan mereka sendiri pun tidak mahu dan malu digelar sebagai Muslim.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara khabarnya akaun facebook dan twitternya telah digodam oleh hacker (Gaysec) dan membawa penemuan individu Nor Arlene Tan Bte Khalid iaitu seorang Cina Muslim kacukan. Arlene menerima serangan terutamanya SMS yang mencaci maki beliau. Arlene telah membuat laporan polis bagi menafikan beliau adalah Sitt Al-Wuzara. 

Nor Arlene Tan Bte Khalid yang didakwa oleh Gaysec
merupakan  identiti sebenar  Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Penafian yang dibuat oleh Arlene menyebabkan kita sangsi dengan fakta yang didedahkan oleh Gaysec adakah mereka membuat pendedahan yang betul atau mereka ini sebenarnya tersalah orang. Dan boleh jadi Arlene melakukan pembohongan. Allah sahaja yang tahu.

Laporan polis Arlene terhadap Gaysec - Kredit gambar Milosuam

Klik di sini untuk lihat fail pendedahan Gaysec terhadap Arlene Tan mengenai Makcik Wuzara. Arlene Tan juga telah menjawab pertuduhan ini melalui blog beliau Purple Pearl's. Untuk pengetahuan semua, Facebook Makcik ini telah ditutup dan juga tweethandle beliau sudah tidak dapat dikesan. Akan tetapi beliau kini meneruskan sesi menghina di akaun Google Plus beliau.




Sebenarnya pada aku isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara adalah hanya salah satu kes yang berjaya kita expose ke public. Ini kerana beliau menghina Islam terang terangan di blog dan laman sosial. Bagaimana pula dengan kes terpencil yang tidak kita ketahui. Apakah hari ini isu ini panas dan akhirnya sejuk dan dilupakan dalam beberapa minggu lagi dan dilupakan manakala aliran sesat ini terus jadi virus dan menambah bilangan muslim yang menganutnya. Apa tindakan kita? Apa tindakan pihak berwajib? Kita mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia yang Islamnya sudah berkecamuk dan bercampur baur dan dilihat sama seperti agama lain. Terpulanglah kepada anda menilai hal ini. Mantapkan diri dan jiwa anda dengan iman dan akidah Islam jitu supaya kita tidak terjerumus ke arah ini. Tuntutlah ilmu, kerana hanya dengan ilmu Islam itu boleh difahami dan di tegakkan atas paksinya.

* dipetik dari janjialam.blogspot.com

Sedih dan pilu melihat isu ini yang TERBIAR di Malaysia, tidak mendapat perhatian luas di kalangan masyarakat apatah lagi kerajaan. Jika melihat rentetan demi rentetan bermula dari kes Natrah sehinggalah kes Lina Joy, jelas kita semakin kecundang. Lantaran itulah munculnya beberapa nama seperti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara serta beberapa nama lainnya yang begitu lantang menghina Islam.

Kalau berdasarkan bukti sepatutnya tindakan telah pun diambil ke atas mereka namun kita tewas kepada artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan (yang telah beberapa kali dicabar di mahkamah) mengenai kebebasan beragama. Mungkin atas sebab inilah tiada tindakan agresif dari kerajaan. Namun apakah kerana itu semua pihak sanggup melihat mereka mengutuk dan mengeji Islam? Atau mungkin terdapat tangan-tangan ajaib yang terselindung di belakang mereka yang menghalang campur tangan kerajaan?

4 comments:

  1. ENTAHLAH BRO.. KITA MAMPU BERSUARA DALAM BLOG JE... SEDANGKAN PEMERINTAH TAK LAKUKAN SESUATU...

    ReplyDelete
  2. jika tidak benar apa yang dikata buat apa nak risau.. dia hina biar tuhan yang balas. tetapi jika kita marah bermakna apa yang dikatakan adalah benar.. jika kita menghukum dia bermakna kita kejam daripada mereka yang menghina...

    ReplyDelete
  3. yesus adalah jawapan segala persoalan.
    cinta kasih yang yesus ajarkan adalah penyelamat dunia..

    yesus berfirman " akulah jalan, kebenaran dan hidup, tiada siapa yang kembali kepada allah jika tidak melalui aku."

    orng yang tidak mendengar ajaran yesus dan menolak dia sama seperti yahudi zaman yesus dahulu, mereka tidak melihat 1 dosa dan kesalahan yesus tetapi mereka menghukum bunuh dia..

    yesus telah bangkit dari maut dan hingga hari ini dia masih lagi hidup, selagi dia hidup, tiada seseorg pun boleh membatalkan ajarannya..

    ReplyDelete
  4. Saya sekadar berkongsi,hidup adalah anugerah Tuhan kepada kita manusia.Tetapi kita tidak mengenali Dia kerana dosa2 kita.Dalam kehidupan kita manusia pasti ada yg berbuat dosa/kesalahan tidak kira kecil atau besar,tetapi saat kita memikirkan dosa itu adakah kita sering bertaubat dan tidak melakukan dosa lagi..Adakah Tuhan benar2 telah mengampuni dosa2 kita?Banyak orang akan mencari jawapan di atas segala pertanyaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...