Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

26 February 2013

Gerakan WAHABI di Malaysia

Syed Syeikh Al-Hadi
Ustaz Zamihan Mat Zin Al-Ghari dalam bukunya bertajuk 'Siapa sebenarnya Wahhabiy?' menyatakan fahaman ini mulanya bertapak di Singapura hasil bawaan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki, Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali, Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Muhammad Aqil dan Haji Abas Mohd Taha. Kesemua mereka yang muncul dengan penampilan moden (berkod dan bertali leher) menerbitkan majalah Al-Imam yang menerapkan artikel-artikel fahaman Wahabi.

Selepas mendapat tentangan dari ulama-ulama yang berada di Singapura,  Syed Syeikh Al-Hadi berpindah ke Melaka pada 1917. Beliau menubuhkan juga sekolah aliran agama namun mendapat tentangan ulama tempatan sehingga menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke Pulau Pinang pada 1919 dan menubuhkan Madrasah Al-Mashoor Al-Islami yang berteraskan sistem pendidikan sekular dan agama.
Syeikh Abdullah Fahim
Selain menerapkan fahaman Wahabi menerusi pendidikan di sekolah, Syed Syeikh Al-Hadi juga menerapkan fahaman sesat itu menerusi novel Hikayat Faridah Anum yang mengisahkan perjuangan Kaum Muda. Beliau kemudiannya menerbitkan Majalah Saudara dan Al-Ikhwan pada 1926 dan 1928 bagi tujuan yang sama.

Kumpulan awal Wahabi kemudiannya menubuhkan Madrasah Idrisiah pada 1922 dengan menjemput tokoh mereka Syeikh Abdullah Maghribi bagi memimpin madrasah ini. Pada tahun 1934, fahaman ini mula berkesan menerusi Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang mendirikan Madrasah Al-Ihya Al-Syarif di Gunung Semanggol.
Syeikh Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali)
Wahabi menyerap masuk di Selangor pada 1922 menerusi penubuhan Madrasah Al-Ubudiah, Jenderam oleh Haji Jamaluddin bin Ismail dari Minangkabau, Indonesia. sebelum itu pada 1920-an, berlaku konflik tentang keperluan berdiri sambil berselawat dalam sambutan Maulidur Rasul. Isu ini dibangkitkan oleh Wahabi dan mendapat tentangan hebat dari Kaum Tua (Ulama Pondok).   

Pengaruh Wahabi di Negeri Sembilan mulai muncul pada 1942 menerusi kumpulan 'Ittiba Al-Sunnah' pimpinan Ustaz Hashim Abdul Ghani. Manakala di Kelantan, pengaruh Wahabi di bawa oleh Syed Hasan bin Nur Hasan dari India atau lebih dikenali oleh Tok Khurasan. Antara pengikutnya yang terkenal ialah Haji Nik Abdullah Wan Musa dan Haji Abdullah Nuh yang telah mendirikan Madrasah Al-Balaqh Al-Mubin.
Syeikh Pehin Ismail
Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia) merupakan antara tokoh ulama yang sibuk menentang fahaman Wahabi di utara selain Syeikh Uthman Jalaluddin (Pengasas Pondok Penanti, Pulau Pinang), Syeikh Pehin Ismail (bekas Mufti Brunei Darus Salam),  Syeikh Muhammad Yusof Ahmad (Tok Kenali), Syeikh Syed Alwi Tohir Al-Haddad serta ramai tokoh lain lagi.

* sumber - Rothschild, Yahudi kepercayaan Dajjal (Ibnu Yaacob)
                   ISBN 978-967-5989-01-8


7 comments:

  1. TAK BERANI NAK KOMEN PASAL AKU PUN TAK TAHU MENAHU.. KENA CARI PENCERAHAN LAGI..

    ReplyDelete
  2. setelah aku kenal wahabi,semakin terbuka minda aku tentang agama....
    dulu aku hanya ikut sahaja semua amalan yang dilakukan....
    tetapi hari ini aku mula bertanya sumber amalan itu.......
    adakah ia adalah sunnah......
    atau hanya sekadar pendapat ulama....

    ReplyDelete
  3. semua tindakan perlulah berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith. Itulah panduan yang menjadi pegangan kita

    ReplyDelete
  4. Wahabi sebenarnyalah ahli sunnah sebab selalu berhati2 beramal dgn merujuk hadis2 sahih

    ReplyDelete
  5. Ayat dan Hadis yg difahamkan oleh sesetgh golongan sbg merujuk Zat Allah swt, yg jika difahamkan begitu, sesungguhnya telah ada larangan yg jelas agar kita jgn memikirkannya atau menafsirkannya. Jika dilakukan juga mk tak berkesudahan bahasannya. Kerana itu salafiah tidak membincangkannya, dan jawapan mudah bg kita yg tidak mendlm ilmu ini, agar selamat akidah kita adalah "saya tidak tahu dan hanya Allah swt sahaja yg Maha Mengetahui".
    Para imam kita pula yg mendlm ilmunya, membuat penafsiran dan takwilan yg bersesuaian bg menyelamatkan akidah org awam yg bnyk terpengaruh dgn fahaman muktazilah ketika itu, agar tidak menggambar gambarkan atau membayang bayangkan Allah swt dgn sifat sifat makhluk. Mk itulah Ayat ayat dan Hadis hadis berkenaan tidak ditafsir dgn ZatNya bahkan dinisbahkan kpd sifat sifat, pertolongan, rahmat. redha dan restu atau kekuasaanNya. Jika dinisbahkan kpd ZatNya, adalah jelas ttg Zat dilarang memikirkannya dan diluar jangkauan pemikiran kita makhluk utk memikirkannya, dan logiknya jika dilarang memikirkannya mk mengapa pula Allah swt dan RasulNya saw menyebutkannya, mk kerana itulah ditafsirkan ianya sbg kiasan dan merujuk kpd sifat sifat, redha, restu atau kekuasaanNya.
    WaAllahu'alam.

    ReplyDelete
  6. INFO KEBERADAAN MUSTIKA MD BALI : MUSTIKA MERAH DELIMA 100% ASLI ANTI CUKUR .BERKHODAM GHOIB dgn KHAROMAH TINGKAT TINGGI – PULAU BALI , INDONESIA

    Dijual/dimaharkan/dialihrawatkan pada orang lain (buyer).

    PERLU Di Garis bawahi Bahwa ::: MUSTIKA MERAH DELIMA Yang kami Miliki Bukan lah Hasil Isian / Tirakad Namun Murni dari ALAM Ghoib .

    Mohon Maaf sebelumnya dan Mohon Idzin untuk berbagi informasi ini , Barangkali saja ada yang sedang mencari – cari Benda bertuah yang satu ini . Bagi Peminat langsung / Buyer yang benar2 serius ingin memahari MD, Silahkan kontak kami, dengan lokasi di BALI. MD Berkekuatan memerahkan gelas, Soal Harga MAHAR, silahkan Berembug langsung Menghubungi HP dibawah ini, dengan Syarat, Buyer langsung datang ke lokasi Barang, Sanggup menunjukkan dana walaupun hanya melalui Rekening, dan menyediakan sejumlah tanda jadi setelah lulus Tes, Tidak ada system gambling dan tidak menerima mediator yang tidak valid yang hanya ingin mencari data saja.
    Pemilik tdk mau untuk di kondisikan hadir di tempat pembeli. Buat yang serius saja !!!

    Mahar dan Mekanisme nya Boleh Call By Phone Session / Whatsapp
    KAMI MENCARI YANG SERIUS & SEBAGAI ORANG YANG INGIN MERAWAT PUSAKA INI dalam Jalan KEBAIKAN.

    INSHA ALLAH Bagi Yang Benar-Benar Serius dengan Niat , Hati Jernih & Bersih
    Akan berjodoh dengan Khodam nya MUSTIKA MERAH DELIMA ASLI

    Kami Hanya Melayani Khusus bagi yang Mampu secara Lahiryah dan bathiniyah . dan Bukan ada Niat untuk Mengadu tanding ILMU SPIRITUAL . Pertemuan Mediasi akan hanya kami layani di PULAU DEWATA di BALI ( BALI ISLAND – INDONESIA ).

    Ciri-ciri Mustika Merah Delima asli yang kami Miliki :

    • Bentuknya Kecil seukuran biji delima. Tidak besar. Kalau besar, dapat dipastikan palsu.
    • Warna merah tanpa gelembung dan mengkristal.
    • Bila MD dalam segelas air. Rendam dalam segelas air. Bisa menembus 5 gelas hingga lebih, sesuai dengan niat kebersihan hati dari orang yang ingin meminangnya dan tidak hilang dalam waktu satu bulan.
    • Tembak rendaman gelas dg peluru. Gelas tdk pecah. Bila menggunakan silet Anti Cukur .
    • Dapat Menyala di dalam air / memerahkan air
    • Dapat digunakan untuk pengobatan segala macam penyakit (ringan ataupun berat / penyakit medis / non medis Insha Allah dengan se izin ALLAH SWT .
    • Kewibawaan tingkat tinggi
    • Daya kekuatan khodam & berkharomah sangat tinggi
    • Memajukan usaha bagi yang memegang / memilikinya
    • ANTI CUKUR (AC) Pengetesan : Rambut siapapun yang memegang benda tersebut, tidak akan bisa diputuskan dengan silet yang masih baru.

    Batu Mustika Merah Delima Hasil Pemberian Warisan Turun Temurun Ghoib dari tempat yang di Sucikan kekeramatannya. Bagi yang berminat / serius untuk Meminangnya dapat menghubungi saya sebagai pemilik batu mustika

    SALAM JAGAD SPIRITUAL

    KI DALEM SAPU JAGAD
    HP +62 819 1653 9805
    Whatsapp : +6289690407771
    EMAIL : kidalemsapujagad@gmail.com
    http://mustikamerahdelimabali.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...