Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

19 August 2011

GEMPAR! dalang sebenar gerakan MURTAD terbongkar....!!!???


Terdapat sebuah "group" yang diwujudkan di laman sosial Facebook yang menyokong pergerakan untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia. Agak mengejutkan apabila terdapat beberapa nama YB-YB Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" berkenaan. Sedar atau tidak, sengaja atau sebaliknya, mereka inilah dalang-dalang yang menyokong pergerakan memurtadkan Umat Islam di Malaysia dan juga Singapura.

YB-YB berkenaan adalah seperti YB Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Gan Pei Nei, YB Dr Boo Cheng Hau dan YB Ean Yong Hian Wah. Terdapat juga nama-nama penting di dalam Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" untuk memurtadkan Umat Islam seperti Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Raja Petra Kamaruddin, Harris Ibrahim dan Bernard Khoo.

Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.

Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.








* dipetik dari

http://khairulryezal.blogspot.com/2011/08/gempar-yb-yb-pakatan-haram-penyokong.html

Benarkah seperti apa yang dicatatkan dari khairulryezal.blogspot.com ini? Atau adakah ini adalah propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan individu berkenaan apatah lagi dalam suasana politik Malaysia yang semakin panas sekarang?
Terpulanglah kepada anda untuk membuat tafsiran sendiri. Sekiranya benar sememangnya ini adalah pendedahan yang mengejutkan banyak pihak di Malaysia. Sekiranya tidak benar sememangnya ini adalah satu fitnah yang besar. Namun sekiranya anda sering melihat komen-komen dalam facebook di dalam group Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al-Wuzara, ini bukanlah perkara yang menggemparkan!
Banyak pendedahan yang terbongkar di sana hasil inisiatif sekumpulan Melayu Islam yang cintakan agamanya. Sebenarnya gejala murtad di Malaysia berada di tahap kritikal dan perlu dibanteras secara menyeluruh tanpa prejudis. Sesiapa sahaja yang mendokong gerakan murtad ini perlu dibanteras tanpa mengira latar belakang politik dan sebagainya. Sekiranya benar gerakan ini juga melibatkan individu besar dan berpengaruh samada dari parti pembangkang mahupun kerajaan sendiri, rakyat Malaysia memohon campur tangan Istana Negara untuk menangani gejala ini.
Sekian lama isu ini dipandang sepi oleh semua pihak. Ternyata ada perancangan dan agenda besar yang tersusun rapi telah pun dirancangkan oleh pihak tertentu... 
Ampun Tuanku, kami semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian bersedia menyokong dan akan turut bersama ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong  membanteras gerakan Kristianisasi dan murtad di kalangan umat Islam di Malaysia. Ampun Tuanku...

11 comments:

  1. mungkin mereka sekadar ahli sahaja. kalau jadi ahli pun x kisah kan?

    ReplyDelete
  2. apasal eh jadi ahli kalau tiada tujuan. Lagipun AMS tu group tertutup, bukan semua orang diterima jadi ahli kat situ. Kalau open group boleh lah juga diterima... agak-agaklah bro

    ReplyDelete
  3. “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud)

    ReplyDelete
  4. Ini kes memperdajalkan orang tanpa pengetahuan mereka. Menjadi ahli dalam closed group FB ni tak semestinya dengan cara request sahaja. Pihak admin group boleh sewenang wenangnya add sesiapa yg mereka suka tanpa request.

    ReplyDelete
  5. hahaha... hipokrit!

    'Ini kes memperdajalkan orang tanpa pengetahuan mereka. Menjadi ahli dalam closed group FB ni tak semestinya dengan cara request sahaja. Pihak admin group boleh sewenang wenangnya add sesiapa yg mereka suka tanpa request.'

    dalam kes murtad anda sepatutnya memperjuangkan Islam bukannya parti anda. Nak dajal macammana wahai sahabat? nama group pun Murtad in Msia dan Spore... nak dajal apa lagi. Nyata dan tidak berselindung sehinggakan orang yang x faham bahasa inggeris pun tahu ni group murtad! tengok pula tujuan group yang sememangnya untuk mereka yang murtad serta mereka yang ingin menyumbangkan sokongan moral kpd golongan murtad.

    Sedarkah kamu apakah hukuman yang perlu dikenakan ke atas seorang murtad? mereka adalah barah dalam masyarakat. Cuba kaji kenapa Islam mengenakan hukuman sedemikian. Jangan hanya mengatakan Islam agak kejam dan zalim, tiada kekejaman dan kezaliman dalam kes ini. Seorang pengkhianat adalah tidak diperlukan dalam mana-mana organisasi pun. Kaji dulu bro. Jangan buat kesimpulan bersandarkan nafsu, gunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah. Terima lah hakikat sebenarnya walaupun kamu adalah penyokong nombor satu mereka. Ingat, jangan jadikan anda bodoh dan dipergunakan oleh mereka. Pilih lah perjuangan anda samada untuk parti anda ataupun untuk Islam... Wallahualam

    ReplyDelete
  6. tergelak sakan aku lol. ko ingat org nk percaya semudah tu. isu murtad..kristian ni adalah antara taktik2 terakhir UMNGOK tuk mendapat balik kepercayaan org melayu. sbb org melayu ni klu bab2 ni cepat skit menyirap darah. ye tak. cuba lagi ok UMGOK.layan jelah propa2 seterusnye nti.

    wadah panglima ko tu pun bangang.dh berape lama ko ber internet ni.trick facebook tu dh lama..trick basi.

    ReplyDelete
  7. UMNGOK mati kutu...

    Saudara melihat isu murtad yang berlaku sekarang dari kacamata politik. Pada pandangan saya isu murtad ini seharusnya tidak melibatkan kepentingan politik. Adalah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk memerangi gejala ini. Saudara harus mengikuti dengan mendalam kelancangan golongan ini untuk memurtadkan umat Islam secara terbuka melalui blog, facebook, twitter serta pelbagai media lagi. Tidakkah saudara gusar melihat fenomena ini? Seharusnya latar belakang politik perlu diketepikan bagi menangani isu seperti ini. Malah politik sendiri adalah satu agenda yang dimainkan Yahudi bagi melemahkan umat Islam! Seharusnya inilah saat yang sesuai untuk kita seluruh masyarakat Melayu dan Islam memperjuangkan seterusnya memastikan Islam terus bersinar di bumi Malaysia ini.

    Harus diingat bahawa WADAH PANGLIMA adalah sebuah blog bebas yang tidak berpihak ke atas mana-mana parti politik. Semua isu yang dipaparkan adalah bebas berdasarkan isu semasa dan tidak cenderung untuk memihak mana-mana parti politik. Dapat disimpulkan saudara bukanlah pembaca setia WADAH PANGLIMA kerana jika saudara mengikuti semua isu yang cuba dipaparkan saudara pasti mengerti maksud tersirat kami. Adalah menjadi tanggung jawab kami untuk menyampaikan semua isu secara bebas dan bertanggung jawab demi kemajuan dan perpaduan ummah.

    Bagi pihak admin WADAH PANGLIMA kami mengucapkan terima kasih atas sokongan saudara. Semoga usaha kita semua dirahmati dan diberkati ALLAH hendaknya. Insya Allah...

    ReplyDelete
  8. marilah kite memerangi golongan murtad ni,dan orang2 yg menyokong murtad,

    ReplyDelete
  9. Kawan2 sepatutnye kita sedar isu murtad ni bukan satu isu yang boleh di pandang ringan. Ia bukan saja melibatkan masyarakat islam & melayu sekarang, tapi keturunan anak cucu cicit kite nanti. Jangan la pasal pandangan politik sempit anda kalian kami rakyat ni, orang melayu, orang islam yg menjadi mangsa. Sudah kedengaran di kalangan murtadin2 tu yang orang melayu tidak lama lagi akan hilang identitinya, agamanya & yg tinggal hanya budaya mereka! Apa kah kalian org2 politik gembira mendengar berita ni dari mulut org2 murtad itu sendiri?

    ReplyDelete
  10. Yes dorang tak pun approvekan permohonan saya untuk join dorang dalam AMS group tu... hehehe jelas mereka menapprovekan orang2 tertentu aja, WALLAHUALAM...

    ReplyDelete
  11. apesal ko babitkan ngan politik plak nihh..memang ngok tol la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...