Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

11 May 2011

'Pelik Tapi Sedap'


Program bermalam di dalam muzium atau dikenali dengan Sleepover @ The Museum anjuran Perbadanan Muzium Melaka Berjaya mendapat tempat di hati hos rancangan ‘pelik tapi sedap’ terbitan RTM 1.

Seramai 16 krew pengambaran bersama hosnya, En. Zaibo menjalani pengambaran program Sleepover @ The Museum untuk dimasukkan dalam rancangan yang akan ke udara di TV1 pada bulan Julai kelak.  Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Tuan Haji Khamis bin Haji Abas ketika ditemui menyatakan kebanggaan apabila program yang disifatkan sebagai unik dan menarik ini berjaya mendapat tempat untuk siaran TV.

’Alhamdulillah, Zaibo serta krew TV1 sendiri mengucapkan tahniah serta mengakui bahawa sleepover @ the museum yang kami anjurkan ini sememangnya sangat menarik dan unik’, ujar beliau sambil menyatakan PERZIM merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menawarkan peluang bermalam bersama artifak di dalam muzium.

Haji Khamis juga menyatakan bahawa program Sleepover @ The Museum ini akan dikembangkan di Muzium Pulau Besar kelak. Selain melawat dan tidur di Muzium Pulau Besar sambil menikmati keindahan Pulau Besar, peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Pulau Besar pada waktu malam.

‘Saya yakin Sleepover di Muzium Pulau Besar juga akan mendapat kejayaan sepertimana program di Replika Flor De La Mar memandangkan Pulau Besar mempunyai keistimewaan tersendiri’, tambah beliau lagi.

PERZIM menawarkan pengalaman bermalam di dalam muzium kepada orang ramai dengan bilangan minima untuk setiap kali program adalah seramai 20 orang. Selain Replika Flor De La Mar yang terletak di Bandar Hilir, orang ramai juga berpeluang merasai pengalaman unik ini di Muzium Istana Kesultanan Melaka. Dengan pertambahan di Muzium Pulau Besar kelak, menjadikan pelbagai pilihan muzium untuk dirasai disamping pelbagai tawaran harga yang berbeza yang begitu kompetitif dan murah. 
   

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai program ini boleh melayari laman web PERZIM di www.perzim.gov.my ataupun melalui Facebook Perbadanan Muzium Melaka. Anda juga boleh menghubungi terus En. Nurman bin Mohd Baroldin, Unit Promosi PERZIM di talian 06-2826526 atau 06-2814226


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...