Fakta seperti yang
tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1.
Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke
dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan
kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam
Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa
buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan
karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil
yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk
menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta
: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?
Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur
cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan
aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang
dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air
sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam
botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya"
atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan
penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan
letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,
silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan
gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh
dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum
tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan
menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke
membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk
meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam
candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun
coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba
rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka
minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein,
bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India,
negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para
peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah
pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk
bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat
Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca
Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi,
sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika
bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda
boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains
khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni
kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke
tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil
singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri ,
time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana
memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti
berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
* dipetik dari persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot
lagi pautan mengenai Coca-Cola yang perlu dibaca :
TAK MAIN LAH COKE.. TAK MINUM..
ReplyDeletecuba beli vanilla coke, minum isinya sampai habis. Lepas tu letakkan botol kosongnya dalam kereta yang bertutup di bawah panas terik matahari. biarkan jap dalam sejam dua, pas tu cuba buka penutup botol dan hidu dalamnya... confirm bau minyak tanah!
ReplyDeleteboleh minum ke x????
ReplyDelete