Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama
mengumumkan hari ini bahawaOsama Bin Laden telah terbunuh di dalam satu serangan
menggunakan helikopter.
Menurut stesyen television Fox News, jenazah yang
ditemui dalam serangan bom menggunakan helikopter di Afghanistan minggu
lalu berkemungkinan besar adalah Osama. Namun, kesahihannya baru sahaja
dibuktikan melalui ujian DNA. Osama dikatakan selama ini bersembunyi di
kawasan pergunungan antara Afghanistan dan Pakistan.
Osama berusia 54 tahun itu lebih dari sepuluh tahun
menjadi buruan AS dan sekutu-sekutunya. Dia didakwa menjadi dalang
serangan pengganas 11 September 2001 di New York dan Washington.
Jaringan al-Qaeda yang dipimpinnya juga bertanggungjawab atas pengeboman
dua Kedutaan Besar AS di Afrika dan kapal perang AS USS Cole pada 1998.
Al-Fatihah buat Osama Bin Laden, individu yang paling digeruni oleh Amerika. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
macam mati tak diterima bumi je.. ada ke orang nak kebumikan kat laut.. Erm.. nampak macam tak wujud je Osama ni.. Atau ia adalah sekadar rekaan Amerika sebagai lesen untuk memerangi Islam.. Sama-samalah fikir.. aku ada entry pasal Osama.. check it out..
ReplyDelete