Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 May 2011

Antara MELAKA dan masalah JEREBU

Pemandangan Bandaraya Melaka yang dirakam dari Bukit St. Paul (3.30pm - 10 Mei 2011)
Jerebu... masalah pencemaran udara yang tiada kesudahannya. Masalah jerebu yang melanda negara kita bukanlah masalah baru. Setiap kali jerebu juga maka beraturlah orang ramai di klinik-klinik bagi mendapatkan rawatan. Bagi mereka yang menghidap masalah pernafasan maka dengan kehadiran jerebu ini akan menyukarkan lagi tahap kesihatan mereka.

Hari ini jerebu melanda lagi. Bagi Negeri Melaka, jarak penglihatan amat buruk sekali berbeza dengan semalam yang boleh dianggap sebagai cerah. Kadar IPU (Indeks Kualiti Udara) pastinya melebihi kadar biasa jika melihat kepada keadaan sekarang.

Kenapa tiba-tiba sahaja Bandaraya Melaka dilanda jerebu? Terdapat khabar angin mengatakan ianya berpunca dari kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia. Benarkah begitu? Keadaan cuaca dalam 5-6 hari ini sememangnya agak bahang disebabkan tiada angin. Jadi kemungkinan tiupan angin yang membawa asap kesan kebakaran dari Kalimantan adalah tidak berasas.

Persoalannya dari manakah datangnya jerebu ini? Ingatlah, walau dari mana sekalipun datangnya itu semua adalah kehendak Allah. Tidak perlulah untuk rakyat Malaysia menuding jari ke arah pembakaran terbuka yang dilakukan oleh Indonesia. Apakah rakyat Malaysia terlalu disiplin sehingga tidak melakukan pembakaran secara terbuka?

Kalaupun jerebu ini disebabkan pembakaran secara terbuka dari Indonesia, terlupakah kita jika selama ini kita menghirup udara segar sepanjang tahun datangnya dari mana? Pernahkah kita berterima kasih kepada Indonesia selaku pembekal udara segar kepada rakyat Malaysia..... 



* credit gambar kepada Kamal d'Photo (terima kasih atas bantuan anda) 

4 comments:

  1. UDARA DARI INDONESIA MEMANG SEGAR BUGAR.. :)

    ReplyDelete
  2. kau ni bias indon sgt..semacam ada favour lak.apa proven bukan diorg x buat semua ni? pembekal udara segar dtg dari indon? malaysia xde hutan ke? cube beri bukti saintifik sket

    ReplyDelete
  3. Bodohnye statement ko buat. Buat kajian dulu sebelum posting artikel ko. Camni punya org pun ada. Indonesia tu tak bertamadun. Jerebu ni setiap tahun berlaku namun Indobesia lembap nak bertindak. Bodoh & bangang tak leh diajar, pandai tak leh nak diikut.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen anda.

    Saya tak rasa pun yang saya ni bodoh sebaliknya saya merasakan yang anda ada sedikit bangang! Bagaimana mungkin anda mengatakan Indonesia tidak bertamadun? Sejauh manakah anda berbangga dengan tamadun yang tercipta di Malaysia?

    Gunakan akal pertimbangan anda dan bukannya menghentam orang dengan emosi yang hanya akan menonjolkan kelemahan diri anda. Apa jua masalah seharusnya kita sebagai negara serumpun yang mempunyai bangsa dan agama yang sama seharusnya saling menghormati dan memahami. Adakah wajar setiap kali masalah jerebu kita hanya menuding jari ke Indonesia? bagaimana dengan pembakaran terbuka oleh rakyat Malaysia sendiri?

    Hakikatnya memang tepat, jerebu je tunjuk Indonesia, selama ni kalau tiada jerebu sejauh mana kita bersyukur atas limpahan udara segar dari hutan-hutan di Indonesia? Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...