Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

10 May 2011

‘Kelab Dangdut Rimba’ di Lubok Cina, Melaka



















ALOR GAJAH - Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana ia kini menjadi ‘kelab dangdut rimba’ dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.


Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.



Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.



Tinjauan wartawan mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.



Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga tetapi sekarang sudah berubah wajah menjadi ‘kelab dangdut rimba’.

* dipetik dari mejabulatku.blogspot

sememangnya banyak tempat sebegini bukan sahaja di Melaka malah terdapat di merata Malaysia. Semua sedia maklum sememangnya konsep hiburan sebegini tidak dibenarkan di Malaysia apatah lagi diadakan secara terbuka. Mungkinkah lokasinya yang tersorok menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesannya seterusnya mengambil tindakan?

Namun yang menjadi persoalan, pengunjung sentiasa ramai malah terdapat juga pengunjung yang datang dari luar daerah. Itulah kehebatannya perniagaan sebegini, ternyata menyalahi undang-undang namun pihak berkuasa gagal mengesan kewujudannya sehinggalah didedahkan akhbar barulah mereka akan digempur...  

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...