Seorang janda miskin Siu Lan tinggal bersama dengan anaknya
berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei harus
membantu ibunya menjual kuih dipasar. Disebabkan miskin Lie Mei tidak
pernah bermanja-manja dengan ibunya.
Pada
suatu ketika musim sejuk, sesudah menyiapkan kuih yang hendak dijual ,
Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan pada Lie
Mei untuk tunggu dirumah kerana mahu keluar membeli bakul baru.
Apabila
pulang, Siu Lan mendapati Lie Mei tiada di rumah. Siu Lan sangat marah.
Fikirnya, anaknya itu mementingkan diri, hidup susah tapi masih juga
mahu keluar bermain, padahal tadi sudah disuruh untuk menunggu di rumah.
Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu
rumahnya dikunci dari luar supaya Lie Mei tidak dapat masuk ke dalam
rumah. Anaknya mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.
Apabila
Siu Lan balik dari menjual kuih, Siu Lan melihat Lie Mei, gadis kecil
itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk badan Lie Mei yang
sejuk membeku dan sudah tidak bernyawa lagi. Jeritan Siu Lan memecah
kebekuan salji ketika itu. Ia menangis meraung2, tetapi Lie Mei tetap
tidak bergerak. Dengan segera Siu Lan mengangkat Lie Mei masuk ke rumah.
Siu Lan mengoncang tubuh anaknya sambil berteriak menyebut nama Lie
Mei.
Tiba-tiba
sebuah hadiah kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil
bungkusan kecil itu dan membuka isinya. Isinya sebuah biskut kecil yg
dibungkus dengan kertas usang dan tulisan kecil yang ada di kertas itu
adalah tulisan Lie Mei.
"Mama
pasti lupa, hari ini adalah hari istimewa bagi mama, aku membelikan
biskut kecil ini untuk hadiah, duit tidak cukup untuk membeli biskut
yang besar ... Mama selamat ulang tahun".(Kisah benar diceritakan dalam Xia Wen Pao)
Selamat Hari Ibu buat Ummie tercinta. Tidak lupa juga buat ibu mertua yang baru saja kehilangan suami (Al-Fatihah buat Ayahanda Abdul Aziz bin Abu), buat isteri tersayang... sesungguhnya pengorbananmu amat besar ertinya buat diri ini, juga buat anak-anak yang menjadi inspirasi hidup ini. Tidak lupa juga kepada semua teman-teman serta juga pembaca setia Wadah Panglima..... SELAMAT HARI IBU!
Selamat Hari Ibu buat Ummie tercinta. Tidak lupa juga buat ibu mertua yang baru saja kehilangan suami (Al-Fatihah buat Ayahanda Abdul Aziz bin Abu), buat isteri tersayang... sesungguhnya pengorbananmu amat besar ertinya buat diri ini, juga buat anak-anak yang menjadi inspirasi hidup ini. Tidak lupa juga kepada semua teman-teman serta juga pembaca setia Wadah Panglima..... SELAMAT HARI IBU!
SELAMAT HARI IBU, EMAK...
ReplyDeleteselamat hari ibu... sedih ni
ReplyDeletehuuuuhuhuhhh,
ReplyDelete