Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

08 April 2011

Hebatnya Orang Kita....

Begitulah kehebatan orang kita, pelbagai produk tiruan yang ada sekarang ni. Panadol, Rokok, Pakaian, Minyak Wangi, Produk Kecantikan, Produk Kesihatan, barangan keperluan diri sampaikan telur pun ada yang tiruan?
Tapi rasanya perkara sebegini dah menjadi biasa untuk masyarakat kita, jangankan telur... manusia pun dah ada yang tiruan tidak lama dulu!  
 
GEORGETOWN: Sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini merampas 270 biji telur ayam di tiga gerai di Pasar Awam Pulau Tikus, di sini.

Pemeriksaan pada 10.30 pagi itu dibuat berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam mengenai telur ayam tiruan selepas aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli telur itu.

"Kami merampas 90 biji telur ayam dari setiap gerai untuk dihantar ke makmal bagi menjalani ujian untuk menentukan kesahihan telur itu sama ada ia telur sebenar atau tiruan," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK M Gunaselan.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata telur ayam yang dirampas itu dijual dengan harga 35 sen hingga 38 sen sebiji di pasaran tempatan.

Gunaselan berkata, pihak penguatkuasa akan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang peniaga Lim Siew Eng, 85, berkata dia terkejut dengan dakwaan berkenaan sehingga pihak penguatkuasa melakukan pemeriksaan di gerainya pagi ini.

"Saya sudah 50 tahun menjual telur ayam di sini dan hingga kini tidak pernah menerima aduan atau rungutan daripada pelanggan... ini kali pertama gerai saya diperiksa.

"Sejak berniaga di sini, saya langsung tidak tahu mengenai hal ini kerana saya mendapat bekalan telur ayam daripada seorang pembekal di Pasar Jalan Anson di sini. Saya tidak pernah mendapatkan bekalan dari tempat lain," katanya.

Semalam, CAP menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur ayam yang didakwa tiruan pada harga RM11 di pasar itu. Telur tiruan itu dikatakan mempunyai saiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. 
 
- dipetik BERNAMA

Telur Tiruan Diuji
GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.
 
Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.
 
"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu. Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.
 
"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.
 
Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
 
Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.
 
Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.




* dipetik dari Kelab Greenboc



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...