ramai yang mengatakan amir rajalawak
buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah
apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan
pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton
rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir
rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton..
pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana
penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..
aku tetap dengan pendirian aku
untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah
dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul
senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia
buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang..
tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya
adalah seorang yang genius!
amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak
anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..
dua hari selepas aku menonton
rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton
rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di
youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?"..
sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best
weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku
terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika
persebahan 2 hari lepas..
aku perhatikan kawan aku dari
jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah
tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak
lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari
mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang
genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan
'kepala bapak maharaja lawak'..
Yang ni pun lagi ultra lawak...
* dipetik dari tubelawak.blogspot.com
takde pakej mustika.. tak tengok maharaja lawak..
ReplyDeletetgk kat youtube je lah, post ni serius lawak! boleh dapat kepala datuk maharaja lawak post ni
ReplyDeleteanda kena belajar banyak tentang burung yer!
ReplyDeletewhat the hell hahahahahah