Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

24 April 2011

Bolehkah Anda Dibogelkan Dalam Facebook?

 
MANGSA (kiri) menunjukkan gambar lelaki yang didakwa mengugut untuk menyebarkan 
gambar bogelnya kepada Michael Chong di Kuala Lumpurbaru-baru ini

Bolehkah anda dibogelkan melalui gambar anda di dalam facebook? Pertanyaan ini timbul apabila seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini dikatakan hidup dalam keadaan tertekan.

Hal ini berlaku selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya. Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas. Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA baru-baru ini.

Apa pandangan anda? Ada kemungkinan beliau boleh dibogelkan melalui teknik super-impose atau melalui perisian-perisian canggih lainnya. Namun yang menjadi kemusykilan sejauh manakah seseorang boleh mengakses akaun peribadi kita tanpa kita sendiri memberikan maklumatnya...? 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...