Klik...Sokongan Anda Amat diperlukan

klik untuk bersama kami

Search This Blog

KLIK follow untuk Sahabat Setia

Klik untuk kembali ke Halaman Utama

23 April 2011

Amir Maharajalawak kekal Genius


Maharaja Lawak minggu ke 4 sekali lagi menyaksikan Amir terselamat dan menyaksikan Alex terkeluar kali ini. Malah Amir juga mendapat pujian dari juri yang menyifatkan persembahan beliau adalah yang terbaik. Benar, ada peningkatan ketara dalam persembahan Amir kali ini. Kedengaran juga ketawa dari penonton tidak seperti persembahan nya yang lalu yang boleh disamakan lesu dan tidak bermaya.

Kumpulan Jambu juga menunjukkan persembahan yang baik minggu ini seolah menempah tiket untuk ke final kelak.  Jozan dan Nabil yang agak kreatif juga sewajarnya dipuji dan diakui sebagai pelawak yang bagus. Secara keseluruhan minggu ke 4 Raja Lawak agak kurang kelakar dan ternyata membosankan. Mungkin kebebasan yang diberikan tapa ikatan tema tertentu menjadikan saingan nampak suram. 

Jihan pula macam biasa hanya suam-suam kuku je. Man juga kurang menyengat lagi seperti ketandusan idea. Juri? Komen-komen mereka pula yang sangat membosankan kerana terlalu simple dan mengikut skrip yang ditetapkan penganjur. Tiada yang berani bersuara lantang dan mengkritik, mungkin juga terpaksa akur kehendak Astro yang sentiasa ligat mengatur strategi bagi meninggikan jumlah penonton berbayarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...